Ya kau memang oteromen.
Kau kuat,
Ya kau memang kuat macam oteromen.
Tidak?
Mengapa pula tidak?
Kau tak mahu jadi oteromen?
Oteromen boleh lawan raksasa,
Kau tak boleh?
Memang lah sebab sekarang mana ada raksasa macam dalam cerita oteromen!
Kau,
Nak tahu satu rahsia tak?
Rahsia kau dan kita sendiri punya,
Tapi sendiri menafikan.
Apa?
Kau dan kita lagi hebat dari oteromen!
Kenapa?
Sebab kita dah pernah hadapi sesuatu yang lebih besar dari raksasa.
Masih tak tahu apa?
Mari sini aku cerita.
...
Mehnah dan tribulasi hidup kita,
Yang membesarkan kita dari kecil hingga dewasa,
Yang membuatkan kini kita ini siapa,
Hawa dan nafsu kita,
Yang sering kali menggoda,
Harta dan pangkat kita walaupun bukan raja,
Jatuh dan bangun masih jua kita berusaha,
Menepis tiap raksasa dunia yang ada.
Ya itu lah raksasa dalam hidup kita,
Hampir setiap masa muncul tak menunjuk rupa,
Tapi masih jua ada yang di antara kita tewas dibaham mereka.
Kerana apa?
Kerana diantara kita itu tidak sedar kekuatan yang kita ada,
Masih jua berasa kita ini hanya manusia, biasa.
Kita tak perlu menjadi oteromen,keluangmen dan sebagainya,
Cukup hanya denga jiwa yang ada,
Menghadapi raksasa tidak berupa,
Ditemani Sakti setia,
Allah Yang Maha Kuasa.
*oteromen is Ultramen
Keluangman watak sekali je dalam banyak-bangak rangkap. Penyeri.
No comments:
Post a Comment