Mesej berantai emas.

Fuhhh lamanya tak acah-acah writer ni. Nak cakap apenii nak tulis apenii? Aaaa I see ada nak cerita lah sikit ni, 2 3 4 hari lepas ada dapat whatsapp yang orang foward foward tuu yang berbunyi...


"  Saya cabar anda hantar ' la ilaha illa Allah, Muhammadu Rasulullah' kepada 3 group sahaja, tengok samada anda mempunyai masa untuk Allah atau tidak".

Allahurabbi entah kenapa sis terkedu baqhangg dpt whtsapp tu. Sis sampai tak jadi cabut telekung, termenung sis depan handphone. "nak hantar ke taknak nak hantar ke taknak nak hantar kee takknakkkkkkkkk" camtu sekali sis tak tahu nak buat keputusan. 

Macam mana dan apa sebenarnya definisi " masa untuk Allah" tu sendiri? Antunna antum enti ya hanana ya habibi sekalian semuuuaa tahu ke mcm mana "masa untuk Allah" tu? 
Okay, kita go straight to the point jelah. Adakah dengan kita meng-foward mesej tu kepada 3 group dah cukup kita luangkan masa kita UNTUK ALLAH? atau, kita hanya luangkan masa untuk WHATSAPP?  Foward mengfoward ni ada dalam list amalam-amalan sunnat ke? Tapi sebelum tu sis nak bg tahu yang sis tak cakap pun "mesej" tu salah atau apa. Apa yang sis nak tegaskan kat sini ialah bagaimana sebenarnya "masa untuk Allah" sendiri.


Masa tu kan, sis tanya diri sis sendiri. Berapa kali aku luangkan "masa untuk Allah" dengan berqiamulail? Berapa kali Al-Quran aku sentuh tanda aku meluangkan “masa untuk berinteraksi dengan Allah” ? Bagaimana masa-masa yang aku ada aku priority kan “masa untuk Allah”. Berapa banyak amalan-amalan sunnat yang Allah dah tentukan sebaik-baik amalan yang kita dah buat untuk dekatkan diri dan berikan “masa untuk Allah”. Belum lagi sentuh yang wajib (sis tak sentuh yang ni sebab sis tahu insya Allah semua dari kita adalah hambaNya yang taat pada perintahNya). Kenapa jalan dan cara Allah bagi untuk luangkan masa untuk dia kita tak ikut tapi jalan dan cara yang “manusia” bagi lajuuu je kita ikut kita foward.

Sekali lagi sis cakap, nak foward mesej tu tak salah sebab itu pun satu perkara yang baik dan setiap perkara baik yang kita buat walaupun sebesar kuman pasti Allah recordkan dalam buku amalan kita. Cuma biarlah kita adil bahkan sepatutnya kita perlu lebihkan apa yang dah Allah tunjukkan suruh kita buat dan ikut untuk mengingati dia. Yang lebih merisaukan nanti ialah takut-takut mesej berantai yang berbaur "islamik" ni akan dianggap GREEN LIGHT untuk kita tidak buat apa yang dah Allah dan Rasulullah anjurkan dengan alasan "okaylah foward lah mesej ni tanda aku ada masa dengan Allah" kemudian selepas foward dengan keadaan handphone ditangan sambil berbaring, tangan dan jari ni masih ligat scroll fb, instagram, twitter dan sebagainya seolah-olah kita merasakan cukup dengan tekan "button foward" kita sudah meluangkan masa dengan Allah. Foward tak sampai berapa saat, tapiiii melayari media sosial berjam-jam ; 23:1 jam *contoh . Takut lama-kelamaan kita rasa cukup sekadar itu,


Sedangkan Allah menantikan kita lebih dari itu. Dan,
kita juga mampu beri lebih dari itu.

Btw, sis sendiri ialah salah seorang daripada pengguna tegar laman sosial uhukkk. Tapi, jom la sama-sama kita berusaha kikis jahiliah yang masih bersarang dalam diri. Kalau tak mampu tinggalkan( macam sis contohnya) at least make a move and do something more than that to spend your time with Allah. Dia yang bagi kita masa kat atas dunia ni dan sesungguhnya masa kita ini milik Dia.

Solat dihujung waktu, laju bagaikan burung belatuk.

Al-Quran dibiarkan berdebu, tunggu untuk guna semasa menjadi "atuk".

Qiamualail setahun sekali, atau mungkin ada yang di tinggalkan sepi.

Amalan sunnat apatah lagi, masjid langsung tidak dia kunjungi.

Mengharapkan sebaris Syahadah di whatsapp menjadi saksi, saat bertemu Allah dikemudian hari.


"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan?

Amat besar kebencian di sisi Allah apabila kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
Surah Al-Saff, ayat 2-3.









No comments:

Post a Comment