Cerita Kontot: Ebab

“Dah dewasa ye engko bab. Dulu berhingus je makcik nengok, sekarang auumakk! kalo le makcik ade anak teruna, udah aku kawenkan dengan engko bab.”

..Sembang makcik senah dengan mata yang bersinar penuh pengharapan aku tengok. Tak cukup sampai situ, disambungnye lagi. Memang yang ni la soalan yang aku tunggu-tunggukan dari tadi.

“…bila engko nak kawen bab? Dah ade ke calonnye? Orang mane?”

Sekali lagi soalan cliché bila engko balik kampung.

Nak cerita dari mana ni? aku cakap dalam hati sambil renung dalam sedalamnya ke dalam retina mata makcik senah tu. At last, aku mampu tersenyum kerang busuk je kat situ.

Ebab ni orangnya suka sangat buat orang disekeliling dia ketawa gelak terbahak walaupun masa tu jiwa dia derita bagai nak gila. Ebab ni terlampau fikirkan orang sampai kadang tu tak balance dengan diri dia. Ebab ni suka sangat tolong kawan dia walaupun dia sendiri tengah susah. Ebab ni tak reti nak meminta kat org duit dia walaupun dia sendiri tengah sengket. Ebab ni cepat sangat mengalah kalau pesaing dia tu memang dah zahirnya hebat dari dia walaupun tak sampai lagi ke garisan penamat. Ebab ni memang baik lah dari segi attitude dia yg ni memang aku puji, tapi phewww akhlak dy aku bagi thumbs up TERBALIK.

Sampai satu masa ebab ni baru sedar dia tak bahagia dengan cara dia. Dah berbuih kawan rapat dia pesan kat dia supaya jangan fikirkan sangat orang lain sampai diri sendiri tak terbela.

Ebab ni umur pun dah 20an, ebab dah mula rasa dia perlu serius dalam kehidupan yang sementara ni so ebab pelan-pelan berhijrah. Berhijrah bukan pegi travel memana pun, hijrah kembali kepada fitrah. Alhamdulillah , ebab mula berjinak dengan tudung labuh pakaian yang longgar sejak menjangkau umur 19 tahun sebab tertarik dengan kawan dia yg pakai tudung labuh. Tahniah ebab !

Ebab ni sejak pakai tudung labuh makin banyak ujian yang dtg bertimpa-timpa. Tapi ebab yakin, tu semua ujian yang perlu ebab lulus. Ebab tahu dia ada sejarah hitam yang akan menghantui dia sampai hembusan nafas ebab yang terakhir iaitu DOSA. Ebab dah lali dahh dengan ayat kawan2 ebab yang cakap “semua orang buat dosa”. Tapi ebab cakap dalam hati,”dosa aku tak sama dengan dosa korg”. Ebab cakap , kalau lah dosa tu ada bau, mesti takde orang nak dekat dengan ebab. Tapi, ebab ni tetap dengan pendirian dia. Biar dosa dia yang tahu hanya Allah dan dia. Pendirian ebab yang naik kan semangat ebab, ebab pernah terbaca yang Allah dah cakap, akan diampunkan dosa hambaNya yang berbuat jahat dimalam hari lalu memohon ampun disiang hari dan menyembunyikan dosanya. Rasul juga bersabda,

Sabda Rasulullah SAW”Wahai para manusia, minta ampunlah pada Tuhan kalian dan bertaubatlah, maka aku meminta ampun dan bertaubat pada Allah seratus kali setiap hari.”-HR Bukhari dan Muslim.
Dan ebab pun terus melangkah dalam penghijrahan.

Umur ebab semakin hari semakin bertambah, ebab sekarang pun dah 21 tahun. Ebab mula fikir soal masa hadapan dengan lebih serius. Kawan2 ebab ramai yang dah kawen dah ada anak. Orang cakap sekarang kan trend kawen muda. Bagi ebab tak, kawen muda kawen awal bukan satu trend. Bila dah sampai masa dah sampai jodoh kawen lah. Dan bagi ebab islam kini semakin menuju ke puncak walaupun disekeliling masih ada kemungkaran yang berlaku. Orang islam sekarang dah tahu keperluan berkahwin walaupun ada setengah orang yang menyalahgunakan. Dikelilingi ramai sahabat yang dah berumahtangga, ebab pun teringin nak membina bahtera. Eh bahtera? Bukan orang kawen bina masjid ke ebab? Ebab cakap, kembali pada definisi cinta yang ebab pegang melalui buku Sebelum Aku Bernikah oleh Hilal Asyraf. Yang mana tak baca buku ni boleh lah pegi cari kat kedai cepat sebab sekarang ni dah ada Sebelum Aku Bernikah 2.0 !!! terpromote pulak.

Definisi cinta; apa-apa yang membawa ke syurga itu cinta, dan apa-apa yang membawa ke neraka itu bukan cinta.

So, ebab cakap perkahwinan adalah bahtera yang akan membawa ebab dan pasangannya ke syurga insya Allah jika punya rezeki bersama zuriat mereka. Ebab memang pandang serius soal ni. Ebab nak lahirkan pejuang agama, ebab nak bina baitul muslim yang teguh biar dirempuh oleh musuh islam disetiap penjuru. Tingginya cita-cita ebab.

Dalam pada keadaan ebab yang sedang persiapkan diri, ebab dipertemukan semula dengan kawan lama ebab. Lelaki . Ebab takde masalah untuk berkawan dengan lelaki biarpun orang cakap ebab tak jaga ikhtilat. Ebab tahu apa itu ikhtilat. Ebab tahu mana yang salah mana yang betul. Ebab percaya Allah yang akan menilai semua perbuatan ebab, bukan manusia lain. Ebab dengan dia tak lebih dari seorang kawan lama. Ebab Nampak, kawan ebab tu memang seorang lelaki yang hebat. Walaupun dulu kawan sekejap je masih hingus2. Timbul rasa kat hati ebab untuk bersuamikan seorang yang hebat macam kawan ebab tu. Ebab bukanlah seorang wanita yang berani serta nekad yang boleh melamar seorang lelaki soleh. Maka, ebab memilih untuk bersahaja. Ebab yakin jodoh ebab ada di tangan Allah. Namun, jauh di sudut hati ebab sebagai seorang manusia wanita biasa, ebab tetap mengharapkan dia.

Tiba-tiba, dalam era teknologi ini ebab dapat tahu yang ada muslimah lain yang suka pada kawan ebab tu. Pada mulanya ebab rasa marah dan cemburu, tapi ebab cepat2 sedarkan diri bahawa ebab tidak punya hak utk rasa cemburu dan marah. Ebab pun mula mengenali muslimah itu secara sembunyi dan ternyata “muslimah itu lebih layak dari aku”. Lagipun ebab tahu, kalau ebab lamar lelaki tu sekalipun , mesti kena reject lah.

Ebab mula mengalah secara perlahan. Tapi, ebab takkan mengalah dalam mempersiapkan diri ebab. Hati itu milik Allah, jodoh itu rahsia Allah. Kalau di timbang tara, ebab jauh tertinggal di belakang. Nak berkahwin, bukan antara aku dan dia. Tetapi seluruh yang ada pada dia termasuk keluarganya. Ebab pancarkan lantunan cahaya cermin keseluruh inci tubuhnya, lantunan cahaya yang akan mencerminkan siapa ebab sebelumnya, dimana ebab berada, dengan siapa ebab patut bersama. Ebab sandarkan dia pada yang Maha Esa, kalau dah jodoh, tak kemana.

Perangai ebab, selalu mengalah.(baris ke-12)

Ini jawapan untuk makcik senah, ikhlas dari ebab.

Ebab tinggalkan pesanan p/s: Nak berubah jadi baik bukan sebab nak kawen je, biar niat kerana Allah. Tapi kalau nak suami/isteri baik, syaratnya kena lah berubah jadi baik jugak! Woahaaa !

No comments:

Post a Comment