Matryoshka.

Patung hiasan bumi Russia yang ada sejarahnya. Terukir dek kerana atas nama cinta dan rindu seorang lelaki tua. Tak disangka daripada hobinya melempias rindu, cintanya tersebar ke serata dunia. Lalu rindu dendam bertukar bahagia.

Itu cerita dia lelaki tua, Sergei Mayorov.

Berbeza pula cerita kita.

Aku ketawa, ketawa bahagia yang selama ini ingin aku rasa.
Jika dulu Sergei tua itu melempias rindu dan cintanya dengan mengukir Matryoshka, mungkin aku hanya mampu merenung dan mengimbas kembali saat kita sama-sama rasa bahagia.
Walaupun seketika cuma.

Andai dulu Matryoshka tempat Si tua itu mengadu rindu dan cinta,

Sudah pastinya tempat aku mengadu bukan pada Matryoshka tapi pada Dia.

Cumanya Matryoshka menjadi satu alat untuk bantu aku merasai bahagia apabila padanya ada kenangan yg tercipta.
.....

Jika diantara 2 hati aku yang terpilih utk terluka, tak mengapa.
Kerana kamu pernah beri aku bahagia.

Matryoshka?

Oh tidak, tapi cerita disebalik Matryoshka.




Matryoshka 8/7/2015.

Buku itu.

Tiap baris yang tertulis dalam buku itu seolah mengerti aku.

;

"Kadang-kadang aku merindukan sesuatu yang tidak ada. Kamu pernah merasa seperti itu tak? Merindukan sesuatu yang belum pernah kamu jumpa. Kamu melamun, kemudian tersenyum dalam khayalan sendiri. Kamu merasa ada percikan kebahagiaan dalam hati, sebuah perasaan yang tidak kamu faham. Sesuatu yang tidak ada, tetapi dapat membuatmu bahagia. Pernah merasa seperti itu tak?"

"Ini sebuah rahsia. Orang seperti aku adalah orang yang diam-diam memiliki sebuah kecacatan. Sebuah kudis yang tak pernah mereka ungkapkan. Mengintip ke dunia nyata melalui tulisan dan kata-kata."

"Aku cuma salah satu dari seribu orang yang selalu sedih dan kesepian, tapi diam-diam juga merasa bahagia."


To be continued...

Kaki Sarkas

Hidup manusia lain dijadikan tontonan, lalu yang menonton mengkritik dan mentertawakan. Tak mengapa la sebab aku pun salah seorang penonton dan pelakon di pentas dunia ni. Cuma, yg aku hairan, manusia yang tahu menonton dan mengkritik seolah mereka tidak pun memegang apa-apa watak di atas pentas dunia ini. Lagi yang semakin aku hairan dan pelik lah, tidak puas mengkritk mereka men-sarkas-kan pula lakonan kehidupan manusia lain prejudis dan tanpa rasa bersalah. Maybe mereka ini rasa watak mereka adalah watak paling suci dan pelakon paling tiada kontroversi. Golongan ini lah yang melahirkan manusia-manusia Anthropophobia(sosial phobia) . Takut berhadapan dengan masyarakat lain, bersendirian dan sebagainya. Yelah manakan tidaknya, baru nak buka langkah sudah ada yang mengkritik.

Bila yang menjadi mangsa kritikan tampil membela diri, kesalahan kembali di bahu mereka yang menjadi mangsa. Kononnya kita lah punca terjadinya kritikan dan kutukan, tindakan kita lah yg salah dan sebagainya dan mereka hanya menjadi penonton dan mengkritik. Aku tak faham lah . Memang hidup di dunia sekarang perlu mendapat keizinan dari semua orang ke untuk kita buat sesuatu yang kita suka? Tindakan kita yang salah ataupun yang benar kini menjadi tiket dan modal untuk manusia lain mengkritk dan men-sarkas-kan hidup kita. Detik indah orang lain yang berniat untuk dikongsi bersama boleh berubah menjadi detik hitam serta merta. Manusia memang berbisa !


Aku masih tak faham.

Cuma satu jelah aku nak pesan,

Kalau dah memang sebati dengan darah daging men-sarkas-kan hidup orang lain, mmg tak boleh nak ubah nak buat macam mana. Tapi, guna la taktik sarkas yang bijak siket, I mean yang tak bod-doh.

Disebabkan manusia manusia kaki sarkas ini lah, yang ada boleh jadi takde. Yang takde boleh jadi ada. Yang berkawan boleh bercinta, yang bercinta boleh jadi benci. If you know what I mean la kan.

Aku tak marah tak kisah pun orang nak kritik hidup aku, tapi bila dah part men-sarkas-kan tu sorry to say la aku mmg tak boleh bla. Prinsip hidup aku mudah, aku tak kacau hidup orang, orang jangan kacau hidup aku. Orang baik dengan aku, aku balas baik. Orang jahat dengan aku, tunggu jelah Allah tolong balaskan untuk aku. Haaa gitteww. Ingat, kita masing-masing ada jalan cerita hidup sendiri. One day bila dah terkena batang hidung sendiri, hidup sendiri di-sarkas-kan orang baru tahu sakit hati macam mana. Selagi tak kena, selagi itu kau bergelak tawa dengan men-sarkas-kan hidup orang lain.

Hidup ni, kalau kita asyik fikirkan mulut orang apa orang nak kata pasal kita, believe me, you can't live in it.

I love people who gossip behind my back. That's exactly where they belong.
Behind my back.