“Dah dewasa
ye engko bab. Dulu berhingus je makcik nengok, sekarang auumakk! kalo le makcik
ade anak teruna, udah aku kawenkan dengan engko bab.”
..Sembang
makcik senah dengan mata yang bersinar penuh pengharapan aku tengok. Tak cukup
sampai situ, disambungnye lagi. Memang yang ni la soalan yang aku
tunggu-tunggukan dari tadi.
“…bila engko
nak kawen bab? Dah ade ke calonnye? Orang mane?”
Sekali lagi
soalan cliché bila engko balik kampung.
Nak cerita
dari mana ni? aku cakap dalam hati sambil renung dalam sedalamnya ke dalam
retina mata makcik senah tu. At last, aku mampu tersenyum kerang busuk je kat
situ.
Ebab ni orangnya suka sangat buat orang disekeliling dia
ketawa gelak terbahak walaupun masa tu jiwa dia derita bagai nak gila. Ebab ni
terlampau fikirkan orang sampai kadang tu tak balance dengan diri dia. Ebab ni
suka sangat tolong kawan dia walaupun dia sendiri tengah susah. Ebab ni tak
reti nak meminta kat org duit dia walaupun dia sendiri tengah sengket. Ebab ni
cepat sangat mengalah kalau pesaing dia tu memang dah zahirnya hebat dari dia
walaupun tak sampai lagi ke garisan penamat. Ebab ni memang baik lah dari segi
attitude dia yg ni memang aku puji, tapi phewww akhlak dy aku bagi thumbs up
TERBALIK.
Sampai satu
masa ebab ni baru sedar dia tak bahagia dengan cara dia. Dah berbuih kawan
rapat dia pesan kat dia supaya jangan fikirkan sangat orang lain sampai diri
sendiri tak terbela.
Ebab ni umur
pun dah 20an, ebab dah mula rasa dia perlu serius dalam kehidupan yang
sementara ni so ebab pelan-pelan berhijrah. Berhijrah bukan pegi travel memana
pun, hijrah kembali kepada fitrah. Alhamdulillah , ebab mula berjinak dengan
tudung labuh pakaian yang longgar sejak menjangkau umur 19 tahun sebab tertarik
dengan kawan dia yg pakai tudung labuh. Tahniah ebab !
Ebab ni
sejak pakai tudung labuh makin banyak ujian yang dtg bertimpa-timpa. Tapi ebab
yakin, tu semua ujian yang perlu ebab lulus. Ebab tahu dia ada sejarah hitam
yang akan menghantui dia sampai hembusan nafas ebab yang terakhir iaitu DOSA.
Ebab dah lali dahh dengan ayat kawan2 ebab yang cakap “semua orang
buat dosa”. Tapi ebab cakap dalam hati,”dosa aku tak sama dengan dosa korg”. Ebab
cakap , kalau lah dosa tu ada bau, mesti takde orang nak dekat dengan ebab. Tapi,
ebab ni tetap dengan pendirian dia. Biar dosa dia yang tahu hanya Allah dan
dia. Pendirian ebab yang naik kan semangat ebab, ebab pernah terbaca yang Allah
dah cakap, akan diampunkan dosa hambaNya yang berbuat jahat dimalam hari lalu
memohon ampun disiang hari dan menyembunyikan dosanya. Rasul juga bersabda,
Sabda Rasulullah SAW”Wahai para
manusia, minta ampunlah pada Tuhan kalian dan bertaubatlah, maka aku meminta
ampun dan bertaubat pada Allah seratus kali setiap hari.”-HR Bukhari dan
Muslim.
Dan ebab pun
terus melangkah dalam penghijrahan.
Umur ebab
semakin hari semakin bertambah, ebab sekarang pun dah 21 tahun. Ebab mula fikir
soal masa hadapan dengan lebih serius. Kawan2 ebab ramai yang dah
kawen dah ada anak. Orang cakap sekarang kan trend kawen muda. Bagi ebab tak,
kawen muda kawen awal bukan satu trend. Bila dah sampai masa dah sampai jodoh
kawen lah. Dan bagi ebab islam kini semakin menuju ke puncak walaupun
disekeliling masih ada kemungkaran yang berlaku. Orang islam sekarang dah tahu
keperluan berkahwin walaupun ada setengah orang yang menyalahgunakan. Dikelilingi
ramai sahabat yang dah berumahtangga, ebab pun teringin nak membina bahtera. Eh
bahtera? Bukan orang kawen bina masjid ke ebab? Ebab cakap, kembali pada
definisi cinta yang ebab pegang melalui buku Sebelum Aku Bernikah oleh Hilal
Asyraf. Yang mana tak baca buku ni boleh lah pegi cari kat kedai cepat sebab
sekarang ni dah ada Sebelum Aku Bernikah 2.0 !!! terpromote pulak.
Definisi cinta;
apa-apa yang membawa ke syurga itu cinta, dan apa-apa yang membawa ke neraka
itu bukan cinta.
So, ebab
cakap perkahwinan adalah bahtera yang akan membawa ebab dan pasangannya ke
syurga insya Allah jika punya rezeki bersama zuriat mereka. Ebab memang pandang
serius soal ni. Ebab nak lahirkan pejuang agama, ebab nak bina baitul muslim
yang teguh biar dirempuh oleh musuh islam disetiap penjuru. Tingginya cita-cita
ebab.
Dalam pada
keadaan ebab yang sedang persiapkan diri, ebab dipertemukan semula dengan kawan
lama ebab. Lelaki . Ebab takde masalah untuk berkawan dengan lelaki biarpun
orang cakap ebab tak jaga ikhtilat. Ebab tahu apa itu ikhtilat. Ebab tahu mana
yang salah mana yang betul. Ebab percaya Allah yang akan menilai semua
perbuatan ebab, bukan manusia lain. Ebab dengan dia tak lebih dari seorang
kawan lama. Ebab Nampak, kawan ebab tu memang seorang lelaki yang hebat. Walaupun
dulu kawan sekejap je masih hingus2. Timbul rasa kat hati ebab untuk
bersuamikan seorang yang hebat macam kawan ebab tu. Ebab bukanlah seorang
wanita yang berani serta nekad yang boleh melamar seorang lelaki soleh. Maka,
ebab memilih untuk bersahaja. Ebab yakin jodoh ebab ada di tangan Allah. Namun,
jauh di sudut hati ebab sebagai seorang manusia wanita biasa, ebab tetap
mengharapkan dia.
Tiba-tiba,
dalam era teknologi ini ebab dapat tahu yang ada muslimah lain yang suka pada
kawan ebab tu. Pada mulanya ebab rasa marah dan cemburu, tapi ebab cepat2
sedarkan diri bahawa ebab tidak punya hak utk rasa cemburu dan marah. Ebab pun
mula mengenali muslimah itu secara sembunyi dan ternyata “muslimah itu lebih
layak dari aku”. Lagipun ebab tahu, kalau ebab lamar lelaki tu sekalipun ,
mesti kena reject lah.
Ebab mula mengalah
secara perlahan. Tapi, ebab takkan mengalah dalam mempersiapkan diri ebab. Hati
itu milik Allah, jodoh itu rahsia Allah. Kalau di timbang tara, ebab jauh
tertinggal di belakang. Nak berkahwin, bukan antara aku dan dia. Tetapi seluruh
yang ada pada dia termasuk keluarganya. Ebab pancarkan lantunan cahaya cermin
keseluruh inci tubuhnya, lantunan cahaya yang akan mencerminkan siapa ebab
sebelumnya, dimana ebab berada, dengan siapa ebab patut bersama. Ebab sandarkan
dia pada yang Maha Esa, kalau dah jodoh, tak kemana.
Perangai ebab,
selalu mengalah.(baris ke-12)
Ini jawapan
untuk makcik senah, ikhlas dari ebab.
Ebab tinggalkan
pesanan p/s: Nak berubah jadi baik bukan sebab nak kawen je, biar niat kerana Allah. Tapi kalau
nak suami/isteri baik, syaratnya kena lah berubah jadi baik jugak! Woahaaa !