Mehnah dan Tribulasi

Fitrah manusia ingin dicinta. Fitrah manusia ingin bercinta. Apatah lagi untuk disayang sesama manusia. Maka , adakah salah kita punya cinta?
Salah. Jika cinta pada manusia melebihi Cinta kita pada Allah Yang Satu.

Siapa kita untuk menolak rasa cinta.
Yang hadir tanpa dipaksa.
Hidup kita takkan sempurna.
Tanpa cinta dari Yang Esa.

Sedar tak, perasan tak ? Mehnah dan tribulasi juga fitrah kehidupan yang perlu kita telan, perlu kita hadam.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Jadi kita masih tak boleh nak lari dari cabaran dan kesengsaraan dalam kehidupan. 

Oleh itu jangan rasa terlebih bahagia andai diulit fitrah cinta.
Tengok orang bercinta semua nampak manis, kentut pun bau kasturi. Sampai lupa mujahadah yg perlu dipikul dalam mendukung fitrah rasa cinta. Masih ada mehnah dan tribulasi yang perlu kita hadapi.

Maka jika cinta itu fitrah. Cinta itu dari Allah. Allah tidak polos meletakkan rasa cinta tanpa meletak garis panduan dan larangan dalam menjaga kesucian cinta yg Dia kurniakan.

Apa? Sakit dalam menurut panduan yang Allah tetapkan dalam bercinta. Kita perlu berjuang. Mujahadah. Mujahadah itu pahit kerana Syurga itu manis. Ya. Itu yang aku dan kita sama-sama kena cuba.

Tak perlu bertukar phone number jika masih tiada kepentingan. Cukup menggunakan perkhidmatan yg sedia ada. At least kita dpt sekat diri kita ni, hati kita ni yg meronta-ronta rindu pada si dia dan sebagainya. Lagi-lagi kalau masing-masing ada phone number, terdetik pulak nanti ingin sembang-sembang melalui panggilan. Syaitan ni sentiasa ada bersama kita. Nak lagi pada mereka yang berusaha menjaga. Yang bertunang, si syaitan menghasut supaya putus dengan rasa cemburu serta curiga. Yelah nak bina masjid, risau la dia. Yang dah punya rasa cinta, digoda untuk langgar panduan yang ada supaya terjerumus ke lembah hina. Syaitan tak pernah penat. Di cucuk dgn rasa cemburu dan curiga. Ye cemburu dan curiga.

Cemburu dan curiga.
Mehnah dan tribulasi.
Takkan dapat lari.
Terkadang sakit juga tahan rasa cemburu.
Berair juga mata masuk habuk.
Jadi apa? Hendak cemburu pada si dia yang belum confirm lagi jodoh kita.
Habis, pada Allah yang cintaNya meluas meliputi langit dan bumi mana perginya cemburu kita.

Angkat tangan kanan, letak atas dada. Lagukan zikir;

"Hasbi Rabbi Jallallah,
 Ma Fi Qalbi Ghairullah"
Maksudnya: Cukuplah Allah sebagai Tuhan, Tiada di hatiku melainkan Allah.

Tipu lah kalau tak jatuh airmata bila buat macam ni. Biar basah telekung, asalkan kita salur cemburu kita ni pada yang berhak. Biar Dia yang uruskan selebihnya.

Ini baru sedikit cemburu dan curiga sebagai mehnah dan tribulasi pada awalnya rasa suka. Banyak lagi mehnah dan tribulasi yang awak dan saya akan lalui. Disebabkan itu , saya sandarkan awak pada Yang Maha Esa.
Moga Allah redha.

Biarkan permulaan penghijrahan kita dihiasai dengan ujian dan cabaran sepanjang menuju mujahadah keranaNya kerana akhir natijah kita nanti bahagia di Syurga-Nya. Jika kita yakin dengan rahmat dan kasih sayang Allah, ketenagan sentiasa bersama kita.

Berdoalah selalu.
Moga jodoh berpanjangan.
 

No comments:

Post a Comment