Luahan a.k.a Curhat.

Dalam pada aku mengenalimu,
Aku kenal erti menyayangimu,
Aku mula tahu cemburu,
Entah kenapa aku sendiri tak tahu
Walhal kau dan aku berbeza beribu batu
Sungguh.

Maka aku buka langkah baru.

Dalam pada aku cinta,
Aku belajar erti redha,
Untuk terima tiap cerita duka,
Andai kita tak dpt bersama.

Aku mula mencari Tuhan,
yang Maha Menentukan,
Yang tahu bagaimana hidup ini harus diteruskan.

Benar,
Cinta itu menyatukan,
Bukan setakat kau dan aku
Tapi juga bersama Tuhan.
Benar
Cinta kerana Dia tak pernah menghampakan.

Aku pegang janji Dia,
Bila lelaki baik untuk perempuan yang baik,
Aku mula laju membuka langkah,
Tiap tapak aku semakin gagah,
Sebab ingin kamu bukannya mudah,
Bila diri ini perlu 360darjah utk diubah
Semoga aku tabah.

Bilamana masih bukan dirimu untuk aku,
Itu kerana aku,
Masih tidak maju dari dulu,

Ternyata yang baik itu bukan aku.

Di hati hanya Allah yang tahu.

No comments:

Post a Comment