Thabat 1


Cinta. Satu kata, one word yang aku rasa semua orang suka kalau dengar. Tapi, percayalah. Tak ramai yang tahu maksud cinta. Dan ramai juga yang membuta tuli mengagungkan cinta.

Aku pun sama. Dulu maksud cinta aku limit, cukup limit. Bagi aku cinta ada di antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Naif ! Jahil ! Malu ! sebab itu je definisi cinta yang aku tahu. Sehingga akhirnya aku ditakdirkan jatuh cinta tanpa sedar. Rupanya, ada yang mencintai aku dalam diam dan tanpa aku sedar. Menunggu aku dalam masa yang sangat lama. Yang melihat setiap tingkah laku aku tanpa jemu. Dan menyaksikan semua kecurangan aku pada dia tanpa menoleh berpaling meninggalkan aku. Ya, kecurangan yang aku lakukan walaupun hanya dia yang mencintai aku dalam diam. Menangis ! aku menangis saat aku tahu bertapa dia sangat mencintai aku tatkala dia sendiri yang memanggil aku, dia sendiri yang datang menghapus air mata aku saat aku ditinggalkan orang yang aku cintai ! Malu sekali lagi ! Aku hanya sisa bekas kerakusan cinta manusia lain, terlampau banyak kali aku tidak memperdulilkan dia. Masih juga dia luahkan kata cinta dia dengan pelbagai cara. Sehingga aku tak mampu lagi untuk menafikan besarnya cinta dia pada aku. Sehingga akhirnya aku akur akan cinta dia.

19 tahun lamanya dia menantikan balasan cinta daripada aku. Sentuhan demi sentuhan cintanya aku tepis selama ini, aku nafikan. Akhirnya, sentuhan seterusnya tak mampu lagi aku tepis malah aku sambut dengan hati yang terbuka. Cemburu ! Ya, cintaku padanya bermula dengan rasa cemburu. Cemburu pada mereka yang telah lama menyambut cintanya, cemburu pada mereka yang sentiasa mengucapkan rasa cinta padanya, cemburu pada mereka yang tidak pernah berhenti mencintainya, cemburu pada mereka yang menjaga diri hanya untuknya dan kerananya. Cemburu, tanda aku mula cinta pada dia. Lalu, sebagai seorang yang terlampau kuat cemburu. Aku ingin bersaing ! Aku mahu jadi yang paling dicintainya. Aku mesti tunjukkan yang aku betul-betul cinta pada dia. Sama macam mereka yang lain, yang tidak berhenti mengekpresikan cinta mereka pada dia. Mesti !


Langkah bermula. Projek Memikat Dia.


No comments:

Post a Comment