Langkah
bermula. Projek Memikat Dia.
Tudung labuh.
Sarung lengan. Stoking. Baju longgar. Langkah pertama. Drastik orang kata.
Tiba-tiba dari tudung tergantung paras leher terus jadi tudung ostajah ! Aku
kata pada diri, benda baik tak boleh tangguh. Setuju? Bertangguh, kemungkinan
untuk tidak buat tu tinggi, sangat tinggi. Luarannya, aku sudah sama dengan
mereka yang mencintai dia juga. Ikhlas? Buat dalam keadaan cemburu ni ikhlas
ke? Tidak. Jawapannya ialah tidak ikhlas. Tapi, cinta aku ikhlas. Aku dapat
menyarungkan tudung labuh, sarung lengan, stoking, dan baju longgar dengan
penuh rasa cinta pada dia. Ingin dia pandang aku dengan penuh rasa cinta juga !
Cinta menguasai segalanya, cinta melebihi daripada perkataan ikhlas. Seperti
mana aku ikhlas mencintai manusia durjana, sehingga aku sanggup lakukan apa
sahaja malah menyerahkan apa sahaja atas dasar cinta yang akhirnya sia-sia.
Mengapa tidak aku buat perkara yang sama pada dia yang dari dahulu, kini dan
selamanya mencintai aku?
Hidup
diteruskan. Berbekalkan udara yang dihadiahkan oleh dia atas nama cinta.
***
Semakin aku
memikat dia, semakin aku menghias diri untuknya, semakin aku rasa cinta dia.
Cinta berbalas. Mudahnya. Tak perlu untuk aku tunggu berbelas tahun seperti
mana dia menunggu balasan cinta dari aku ! Tidak terkira dan tidak tergambar
cara dia membalas cinta aku. Bahagianya. Tapi, aku manusia. Hati sentiasa
berbolak balik umpama buih dilautan.
Adat dalam
bercinta, tak sentiasanya bahagia. Cinta itu ketawa dan air mata. Ada masa,
kerana cinta dia buat aku menangis, kerana cinta dia tegur setiap kesalahan aku
dengan ujian dan kerana cinta dia biarkan aku bahagia sehingga aku lupa pada
dia.
Aku masih di
dalam fasa langkah yang pertama. Kerana aku terlalu asyik dan merasa cukup
dengan balasan cinta dia terhadap usaha aku yang pertama, aku tidak lagi
mengatur strategi kedua. Aku tidak lagi mengorak langkah. Kerana merasa cukup.
Kerana merasa sudah berjaya mendapatkan cinta dia selamanya. Rupanya, dia
kecewa. Dia rindu aku yang sentiasa berusaha memikat dia. Situasi aku saat itu,
boleh disamakan dengan kerajaan abbasiyyah yang hebat menguasi dunia tetapi
akhirnya jatuh hanya kerana serangan daripada Monggol yang tak tahu apa-apa dan
tidak inginkan apa-apa sekadar suka-suka sahaja. Ini kerana pada ketika itu,
kerajaan itu berasa selesa dengan kedudukan mereka menguasai dunia. Sehingga
mereka lupa untuk terus-terusan mengekalkan usaha. Jatuh, tersasar, entah
kemana aku pada ketika itu. Masih lagi menyarung tudung ostajah tetapi hambar
cinta semakin tawar. Aku atau dia yang berhenti mencintai? Tanpa ragu-ragu,
jawapannya ialah aku. Mana mungkin dia. Sedangkan dahulu aku langsung tak
membalas cinta dia hampir 20 tahun, tapi masih lagi dia sendiri yang datang
menyambut saat aku dibuang manusia durjana. Tak mungkin dia. Tapi aku.
Sesuatu yang
boleh dipuji tentang aku ialah, aku bukanlah kpopers, bukan juga belieber,
bukan juga directioner atau apa sahaja yang menjadi kegilaan remaja pada ketika
itu. Bila ada kawan-kawan yang menyiulkan lagu-lagu dibibir mereka, ada yang aku
tak tahu pun tajuk dan siapa penyanyinya. Tapi, aku peminat movie tegar.
Apa-apa jenis movie kebanyakkannya English dan melayu. Oh ya, hindi. Namun,
tetap juga aku bukan peminat tegar pada pelakonnya, sekadar cerita kerana aku
masih juga tidak hafal dan tidak kenal nama barisan pelakon cerita English
khususnya. Banyak kali juga aku cuba turut serta untuk bersama kawan aku tengok
runningman dihujung minggu semasa di kolej dahulu. Tapi aku bagaikan orang yang
takde perasaan, sedangkan kawan aku dah gelak terguling-guling pun. Tidak
berjaya jugak percubaan aku untuk menjadi salah seorang kpopers. Itu jelah yang
boleh dipuji tentang aku selebihnya takde. Takde.
Hendak
dijadikan cerita, selepas setahun lebih aku bersembunyi dibawah tudung ostajah
dengan berbekalkan rasa cinta yang “cukup” itu, aku akhirnya mula dirasuk jin
kpoper.Oh ya, masa tu juga aku sudah bergelar seorang mahasiswa di sebuah
universiti tempatan. Aku juga salah seorang daripada anak usrah mungkin dipilih
oleh kakak usrah kerana tudung ostajah aku dan aku sendiri pun ada juga berniat
ingin menyertai usrah sebab aku ingat pada pesanan murabbi majlis ta’lim yang
aku ikut semasa dikolej,
“carilah Jemaah walau kat mana pun kita pergi”.
Macam
chipsmore, kejap ada kejap takde. Kejap pergi, kejap malas. Macam itu lah aku
ketika itu dalam menghadiri taman syurga sehinggalah usrah di university. Tapi
entah kenapa, pada aku ada satu rasa yang tak nak terlepas dari kepompong usrah/majlis
ilmu ni. Mungkin, sebab aku sudah bercinta dengan dia dengan begitu dalam sebelum
ini pada langkah pertama dan yang paling jelas itu adalah bukti bahawa dia TAK pernah TAK cintakan aku !
Sebelum aku
kerasukkan jin kpoper, aku perlahan-lahan mula curang sekali lagi. Tanpa sedar
atau tidak. Didalam tudung ostajah, aku berselingkuh dengan pelbagai kejahilan
dan kemaksiatan. Tak dapat digambarkan begitu mudahnya aku berpaling dari dia
walaupun sekadar 180o . Selepas itu aku mula berjinak dengan
runningman dan drama-drama cinta korea. Setiap minggu aku takkan miss untuk
download runningman. Usrah aku sepi. Naqibah aku pass aku pada naqibah yang
lain sebab dia ada masalah yang tak dapat di elakkan tapi aku beralasan aku
susah nak “ngam” dengan orang baru. Berbulan juga aku tinggalkan dunia
tarbiyah. Aku berjalan tanpa tongkat. Orang buta yang berjalan tanpa tongkat. Meraba.
Hidup
diteruskan berbekalkan hadiah udara daripada dia yang aku terima dalam
kecurangan.
***
No comments:
Post a Comment