Warkah Buatmu, Ikhwanku.

Warkah buatmu Ikhwanku, Ya Rasulullah.

Mengapa begitu dalam cintamu
Mengapa begitu kuat rindumu
Sedangkan kita belum pernah bertemu

Itu pun aku tidak tahu
Apakah nanti kita akhirnya bersatu

Ya ikhwanku
Engkau menangis sendu di malam hari
Bahkan penuh tapak tanganmu dgn airmata saat memangku lenamu
Airmata rindu pada insan yang terlalu masih jauh denganmu
Airmata risaukan keberadaan insan yang entahkan tidak cinta dan sayang padamu

Ya Ikhwanku,
Sungguh besar pengorbanan yang engkau lakukan
Hanya demi kelangsungan hidup insan yang kini tidak hiraukan segala harapan dan pengorbananmu

Ya ikhwanku,
Cinta dan kasihmu cukup dalam
Tapi hari ini lihat lah
Lihatlah orang-orang yang kau sayang
Lihatlah orang-orang yang kau doakan siang dan malam
Lihatlah aku yang mencintaimu tapi masih gagal menurut jejak langkahmu

Ya ikhwanku,
Hari ini ramai dari kami kata cinta padamu tetapi tidak mengetahui sirahmu
Malah menghafal kemas salah silah artis pujaan dan segala benda keduniaan
Walaupun..
Semua itu...
Sia-sia..
Dan...
Tidak akan memberikan apa-apa makna di hari kelak melainkan menjadi asbab untuk tidak bersama denganmu di Syurga.

Ya ikhwanku,
Ramai diantara kami yang mengaku rindu padamu
Namun, jarang sekali bahkan mungkin ada yang tidak pernah memujimu
Sedangkan di saat hujung hayatmu dan sakaratulmaut sedang menjemput
Kami juga yang di sebut-sebut

Ya ikhwanku,
Maafkan aku, maafkan kami umatmu
Sunnah dan ajaranmu kami abaikan
Selawat serta salam padamu kami remehkan
Sedangkan nanti syafaatmu yang kami harapkan
Untuk meneruskan kehidupan akhirat yang berkekalan

Ya ikhwanku,
Ya Rasulullah kekasih Allah
Mengenalimu dengan lebih dekat adalah satu rahmat
Meskipun hari ini terlalu jauh kita berpisah jasad
Namun ku harapkan pertemuan kita di akhirat

Jika bukan keranamu
Sungguh kami tidak akan pernah kenal siapa Rabb kami.

Syafaatkan daku
Syafaatkan umatmu.


Rasulullah saw bersabda:
"Seseorang(di akhirat) akan bersama dengan orang yang dicintainya. Dan engkau akan bersama dengan apa yang engkau cintai"
HR. Bukhari dan Muslim.



Selawat serta salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW!




-Fykaazmi, pendosa yang nak masuk syurga berjemaah-



Thabat 2.


Langkah bermula. Projek Memikat Dia.


Tudung labuh. Sarung lengan. Stoking. Baju longgar. Langkah pertama. Drastik orang kata. Tiba-tiba dari tudung tergantung paras leher terus jadi tudung ostajah ! Aku kata pada diri, benda baik tak boleh tangguh. Setuju? Bertangguh, kemungkinan untuk tidak buat tu tinggi, sangat tinggi. Luarannya, aku sudah sama dengan mereka yang mencintai dia juga. Ikhlas? Buat dalam keadaan cemburu ni ikhlas ke? Tidak. Jawapannya ialah tidak ikhlas. Tapi, cinta aku ikhlas. Aku dapat menyarungkan tudung labuh, sarung lengan, stoking, dan baju longgar dengan penuh rasa cinta pada dia. Ingin dia pandang aku dengan penuh rasa cinta juga ! Cinta menguasai segalanya, cinta melebihi daripada perkataan ikhlas. Seperti mana aku ikhlas mencintai manusia durjana, sehingga aku sanggup lakukan apa sahaja malah menyerahkan apa sahaja atas dasar cinta yang akhirnya sia-sia. Mengapa tidak aku buat perkara yang sama pada dia yang dari dahulu, kini dan selamanya mencintai aku?


Hidup diteruskan. Berbekalkan udara yang dihadiahkan oleh dia atas nama cinta.


***

Semakin aku memikat dia, semakin aku menghias diri untuknya, semakin aku rasa cinta dia. Cinta berbalas. Mudahnya. Tak perlu untuk aku tunggu berbelas tahun seperti mana dia menunggu balasan cinta dari aku ! Tidak terkira dan tidak tergambar cara dia membalas cinta aku. Bahagianya. Tapi, aku manusia. Hati sentiasa berbolak balik umpama buih dilautan.

Adat dalam bercinta, tak sentiasanya bahagia. Cinta itu ketawa dan air mata. Ada masa, kerana cinta dia buat aku menangis, kerana cinta dia tegur setiap kesalahan aku dengan ujian dan kerana cinta dia biarkan aku bahagia sehingga aku lupa pada dia.
Aku masih di dalam fasa langkah yang pertama. Kerana aku terlalu asyik dan merasa cukup dengan balasan cinta dia terhadap usaha aku yang pertama, aku tidak lagi mengatur strategi kedua. Aku tidak lagi mengorak langkah. Kerana merasa cukup. Kerana merasa sudah berjaya mendapatkan cinta dia selamanya. Rupanya, dia kecewa. Dia rindu aku yang sentiasa berusaha memikat dia. Situasi aku saat itu, boleh disamakan dengan kerajaan abbasiyyah yang hebat menguasi dunia tetapi akhirnya jatuh hanya kerana serangan daripada Monggol yang tak tahu apa-apa dan tidak inginkan apa-apa sekadar suka-suka sahaja. Ini kerana pada ketika itu, kerajaan itu berasa selesa dengan kedudukan mereka menguasai dunia. Sehingga mereka lupa untuk terus-terusan mengekalkan usaha. Jatuh, tersasar, entah kemana aku pada ketika itu. Masih lagi menyarung tudung ostajah tetapi hambar cinta semakin tawar. Aku atau dia yang berhenti mencintai? Tanpa ragu-ragu, jawapannya ialah aku. Mana mungkin dia. Sedangkan dahulu aku langsung tak membalas cinta dia hampir 20 tahun, tapi masih lagi dia sendiri yang datang menyambut saat aku dibuang manusia durjana. Tak mungkin dia. Tapi aku.


Sesuatu yang boleh dipuji tentang aku ialah, aku bukanlah kpopers, bukan juga belieber, bukan juga directioner atau apa sahaja yang menjadi kegilaan remaja pada ketika itu. Bila ada kawan-kawan yang menyiulkan lagu-lagu dibibir mereka, ada yang aku tak tahu pun tajuk dan siapa penyanyinya. Tapi, aku peminat movie tegar. Apa-apa jenis movie kebanyakkannya English dan melayu. Oh ya, hindi. Namun, tetap juga aku bukan peminat tegar pada pelakonnya, sekadar cerita kerana aku masih juga tidak hafal dan tidak kenal nama barisan pelakon cerita English khususnya. Banyak kali juga aku cuba turut serta untuk bersama kawan aku tengok runningman dihujung minggu semasa di kolej dahulu. Tapi aku bagaikan orang yang takde perasaan, sedangkan kawan aku dah gelak terguling-guling pun. Tidak berjaya jugak percubaan aku untuk menjadi salah seorang kpopers. Itu jelah yang boleh dipuji tentang aku selebihnya takde. Takde.
Hendak dijadikan cerita, selepas setahun lebih aku bersembunyi dibawah tudung ostajah dengan berbekalkan rasa cinta yang “cukup” itu, aku akhirnya mula dirasuk jin kpoper.Oh ya, masa tu juga aku sudah bergelar seorang mahasiswa di sebuah universiti tempatan. Aku juga salah seorang daripada anak usrah mungkin dipilih oleh kakak usrah kerana tudung ostajah aku dan aku sendiri pun ada juga berniat ingin menyertai usrah sebab aku ingat pada pesanan murabbi majlis ta’lim yang aku ikut semasa dikolej,

“carilah Jemaah walau kat mana pun kita pergi”.

Macam chipsmore, kejap ada kejap takde. Kejap pergi, kejap malas. Macam itu lah aku ketika itu dalam menghadiri taman syurga sehinggalah usrah di university. Tapi entah kenapa, pada aku ada satu rasa yang tak nak terlepas dari kepompong usrah/majlis ilmu ni. Mungkin, sebab aku sudah bercinta dengan dia dengan begitu dalam sebelum ini pada langkah pertama dan yang paling jelas itu adalah bukti bahawa dia TAK pernah TAK cintakan aku !

Sebelum aku kerasukkan jin kpoper, aku perlahan-lahan mula curang sekali lagi. Tanpa sedar atau tidak. Didalam tudung ostajah, aku berselingkuh dengan pelbagai kejahilan dan kemaksiatan. Tak dapat digambarkan begitu mudahnya aku berpaling dari dia walaupun sekadar 180o . Selepas itu aku mula berjinak dengan runningman dan drama-drama cinta korea. Setiap minggu aku takkan miss untuk download runningman. Usrah aku sepi. Naqibah aku pass aku pada naqibah yang lain sebab dia ada masalah yang tak dapat di elakkan tapi aku beralasan aku susah nak “ngam” dengan orang baru. Berbulan juga aku tinggalkan dunia tarbiyah. Aku berjalan tanpa tongkat. Orang buta yang berjalan tanpa tongkat. Meraba.


Hidup diteruskan berbekalkan hadiah udara daripada dia yang aku terima dalam kecurangan.


***








Thabat 1


Cinta. Satu kata, one word yang aku rasa semua orang suka kalau dengar. Tapi, percayalah. Tak ramai yang tahu maksud cinta. Dan ramai juga yang membuta tuli mengagungkan cinta.

Aku pun sama. Dulu maksud cinta aku limit, cukup limit. Bagi aku cinta ada di antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Naif ! Jahil ! Malu ! sebab itu je definisi cinta yang aku tahu. Sehingga akhirnya aku ditakdirkan jatuh cinta tanpa sedar. Rupanya, ada yang mencintai aku dalam diam dan tanpa aku sedar. Menunggu aku dalam masa yang sangat lama. Yang melihat setiap tingkah laku aku tanpa jemu. Dan menyaksikan semua kecurangan aku pada dia tanpa menoleh berpaling meninggalkan aku. Ya, kecurangan yang aku lakukan walaupun hanya dia yang mencintai aku dalam diam. Menangis ! aku menangis saat aku tahu bertapa dia sangat mencintai aku tatkala dia sendiri yang memanggil aku, dia sendiri yang datang menghapus air mata aku saat aku ditinggalkan orang yang aku cintai ! Malu sekali lagi ! Aku hanya sisa bekas kerakusan cinta manusia lain, terlampau banyak kali aku tidak memperdulilkan dia. Masih juga dia luahkan kata cinta dia dengan pelbagai cara. Sehingga aku tak mampu lagi untuk menafikan besarnya cinta dia pada aku. Sehingga akhirnya aku akur akan cinta dia.

19 tahun lamanya dia menantikan balasan cinta daripada aku. Sentuhan demi sentuhan cintanya aku tepis selama ini, aku nafikan. Akhirnya, sentuhan seterusnya tak mampu lagi aku tepis malah aku sambut dengan hati yang terbuka. Cemburu ! Ya, cintaku padanya bermula dengan rasa cemburu. Cemburu pada mereka yang telah lama menyambut cintanya, cemburu pada mereka yang sentiasa mengucapkan rasa cinta padanya, cemburu pada mereka yang tidak pernah berhenti mencintainya, cemburu pada mereka yang menjaga diri hanya untuknya dan kerananya. Cemburu, tanda aku mula cinta pada dia. Lalu, sebagai seorang yang terlampau kuat cemburu. Aku ingin bersaing ! Aku mahu jadi yang paling dicintainya. Aku mesti tunjukkan yang aku betul-betul cinta pada dia. Sama macam mereka yang lain, yang tidak berhenti mengekpresikan cinta mereka pada dia. Mesti !


Langkah bermula. Projek Memikat Dia.


Cinta, Rindu dan Harapan. Semuanya Milik Tuhan.

Hadirnya tanpa ku sedari,
Menggamit kasih cinta bersemi.
Hadir cinta insan padaku ini,
Anugerah kurniaan Ilahi.

Lembut tutur bicaranya,
Menarik hatiku untuk mendekatinya.
Kesopanannya memikat di hati,
Mendamaikan jiwaku yang resah ini.

Ya Allah,
Jika dia benar untukku
Dekatkan hatinya dengan hatiku.
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu.

Dialah permata yang dicari,
Selama ini baru ku temui,
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi,
Apakah dia kan ku miliki.

Tidak sekali dinodai nafsu,
Akan ku batasi dengan syariat-Mu.
Jika dirinya bukan untukku,
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu.

Ya Allah,
Engkau lah tempat ku bergantung harapanku,
Ku harap diriku sentiasa dibawah rahmat-Mu.
***
Kalau orang selalu guna "biar gambar yang berbicara", tapi kali ini aku "biar lagu yang berbicara".
Salah satu dari koleksi lagu nasyid yang selalu jadi mangsa dalam apa jua mood hati ni hehe. Umpama sebuah doa yang indahhh :D . Hm, lately terlalu overthinking. Sampai satu tahap tersedar yang "aku jauh lupakan siapa tempat untuk aku bergantung harap, kenapa mesti aku tunduk pada fikiran yang dikawal nafsu sedangkan aku ada hati yang punya iman walau sebesar kuman?"

Tembakan demi tembakan dan panahan demi panahan.

Moga-moga tembakan rindu berkalung doa menembusi hatinya.
Moga-moga panahan cinta bermatakan cinta Allah yang abadi tepat mengenai sasaran.

Uhibbuka fillah, SA.



sistudungbulat.blogspot.com