Dua Rasa

Pagi Jumaat.
Hening,
Entah kenapa aku memalaskan diri yang sedia malas ni,
Sehingga terbit satu rasa,
Sedih,
Campur rindu barangkali,
Dah jadi dua rasa.

Rasa ini buat aku berfikir,
Apakah selayaknya aku merasai rasa ini.

Sedih apa puncanya?
Rindu pada siapa?

Sedih,
Lihat diri yang tak seberapa,
Tapi mengharap dia yang sempurna.

Rindu,
Tak tahu pada siapa,
Tapi yang pasti pada dia.

Pernah rasa?

Yang sebenarnya,
Ini semua simptom-simptom penuaan.

Sedih,
Lihat diri tak seberapa,
Tapi mendambakan Syurga.

Rindu,
Tak tahu pada siapa,
Tapi yang pasti pada Dia(Allah Yang Satu)

p/s: Double meaning 


Untuk Aku Dan Semua.

Ehem.

Tengah kapika stalk stegram retis ni , kapika ternampak laa one comment ni. Komen yang berbunyi ehem "korang yg nak tegur orang ni korg ingat korg takde dosa ke? Dosa sendiri dah berbakul bakul nak tegur org. Nak tegur ada caranya bukan mengaibkan org" haaaa lebih kurang la camtu. Kapika stalk retis tu sbb suka tgk cantik yelah even seksi tak tutup aurat dan sebagainya. Dan komen tu ada pada gambar yg for me mmg tak patut lahh mmg seksi mmg terang terang lahhhh tak boleh kan. Kapika tgk la profil org yg komen tu. Ouh patut laa dy panas , rupanya dy pun lebih kurang je hmm. Apa point kat sini? Adakah pointnye kapika ni busybody? Atau kapika ni pandang serong pada mereka yg tidak tutup aurat? Sudah semestinya tidakk brader sister sekalian. Point yg kapika nak kupas ialah komen org tersebut.

Pandai pulak kita cakap soal dosa pahala. Tapi apa usaha kita? Kalau dah tahu dosa sendiri dah berbakul whts next ? Duduk diam tggu ajal smpai ke? Tell me manusia mana yang tak berdosa . And tell me antara org yg tunjuk aurat sendiri dan orang yang menegur org yg tak tutup aurat tu which one yg mengaibkan? Tell me . Yup brader sister mmg laa nak menegur ada caranya. Tapi tak semestinya tegur secara open contohnya pada komen gambar itu mengaibkan. Mungkin selepas drpd komen tu tuan punya gambar rasa tak selesa then dia akan padam. Kan? Kalau dia sendiri yang upload aurat dia , rasanya dia yg bukak aib dia sendiri kan? Pandangan kapika jelah enn kapika pun tak highlight sesape kat sini. Lagi satu kapika tak faham dgn mereka yg marah pada org yg menegur dgn menyindir kembali dgn ayat-ayat yg tak masuk akal mcm "ustazah ekspress" "kau tu perfect ke nk tegur org" "macam baik sgt". Hello kak bang sekalian . Tell me hadis mana , Al-quran ayat berapa yg cakap hanya org yg xde dosa org yg baik je boleh tegur boleh bg nasihat ? Setiap individu muslim adalah du'at kepada semua umat manusia. Setiap org wajib menjalankan tugas dalam berdakwah atau secara mudahnya nasihat menasihati. Tak kira siapa kau tua ke muda kaya ke miskin pakai tudung ke tak kau berhak menegur jika berlaku kemungkaran depan mata. Dan yg ditegur tu pun perlu terima teguran tu tak kira datangnya dari siapa. Cuma elakkan teguran supaya jangan sampai mengeji :) Okay? Faham ? Kalau faham Alhamdulillah la ye. Haa lagi satu sebelum kapika adios amigos berambus kapika ada satu pesanan penaja, pesanannya ialah "Kapika bukan ustajah" kangg kalo ada yg sebut camtu engko jage. Kapika rock beb rock Ooo . Tak kisah la kau nak rock ke berhibur ke apa tapi jangan sampai lupa agama semua traffic light kau langgar ahh susah ahh camtuu brader sister. "Berhibur tak semestinya lupa agama". Apa yg kapika tulis ni mostly pandangan kapika sendiri yg kapika nak kongsi. Harap takde yg bercanggah la dalam ajaran quran dan As-sunnah. Kalo ade tegur tegur la ye. Kapika tulis kat blog ni bukan apa. Kapika ni selemah lemah iman, tak mmpu nak mention nama org tu lpastu berdas das komen membangkang kat acc org. Takk takk tu bukan kapika. Sbb kapika fikir dulu apakah kesanya kalau kapika komen selepas itu. Moga Allah ampunkan kapika kalau segala keputusan yg kapika buat adalah salah. Hmm dah ah sedih pulak tetiba. Haha sedih pulak ennn. Entah pape kapika ni. Cakap pandai pom pam pom pam tapi heklehhhh hati haluss.

Dah kbye.

Assalamualaikum semoranggg pe kabarrr semorangg hiks . Harap semorang sihat walafiat je la eyh . Moga Allah lindung . Tengah buat ape tewww ? 

Pejam celik pejam celik dah abis dahh satu semester ! Cepat sgt kann . Tadi 14/1/2015 last paper utk final exam , Inorganic chemistry uolls . Benci . haipp tak baik tau cakap mcm tu hmm . 

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, walhal ianya baik buat kamu . Boleh jadi kamu menyukai sesuatu walhal ianya tidak baik buat kamu *senyum*

Braders,sisters . Belajar ikhlas dengan setiap ketentuan Allah . Mungkin ini ujian dari Allah . Allah beri kita sesuatu yg kita tidak suka di dalam perjuangan kita sbb Allah nk tgk sejauh mana ikhlas kita dalam mujahadah ilmu kita ni . Haa aku ckp mcm ni utk sedapkan hati . Aku tahu , aku tahu ramai je yg belajar bukan atas dasar minat dan kehendak kan ? Tp sbb dah tiada pilihan lain , dan you must go on with that . Jangan risau , kau berjaya hadapi , kau nikmati la ganjaran nya kelak . Pandai pulak enn aku cakap enn tp bila kena batang hidung sendiri dah mcm ape entah . 

Seriously, aku bukan la seorang yg positif mind set ke redha 200% ke , bukann . Aku ni org yg negatif mind set dan susah nk redha . Tp Alhamdulillah , Allah hadir seseorang yang sentiasa buat aku kembali pada Tuhan Yang Satu :) haihh tak tau cemana la aku nk gambarkan org ni . Redha dy tu tahap 200% punyaa laa . Kebergantungan dia kat Allah perghhhh hebatt bohh .

"Sabar sapika , sapika kuatkan hati balik . Bina balik kekuatan tu. Sapika memang lahir kat dunia ni sado kan ? So get back your sado . Sabar lah ye cikebum , carilah kekuatan diri sapika tu balik. Bina balik , istighfar banyak-banyak . Tembak hati sapika dengan kata-kata yg boleh naikkan balik semangat sapika. Siapa yg hidup kat dunia ni tak down ?? Semua org ada masa down . Tp sampai bila sapika nak sedih ? Sedih sapika boleh ubah apa-apa ke ? Berhenti bersedih , kesat air mata tu . Buruk benor muke nangis tu .
Sabar , kuatkan diri banyakkan bersujud pada Allah. Lepas solat nnti dduk atas sejadah tu . Merintis kat Allah .Tanya kat Allah kenapa . Allah dah janji akan berikan kelapangan selepas kesempitan dengan syarat orang beriman itu dia akan dibebani dengan ujian . Ujian Allah jugak Allah bg tahu dah ujian itu yg sesuai utknya . Buka al-Quran , tgk at talaq ayat 7, taddabur ayat tu . Kita muslim sapika, kita ada Allah . Allah tak lupa kat kita , kita yg lupa kat Allah. Mohon doa , ngadulah , nangis la kat Allah. Bagi Allah dgr suara rintihan sapika tu. Dalam masa yg ada ni Sapika cuba cari kekuatan utk terima apa result akan keluar nnt.Mcm mana sekali pun result yg Sapika dpt nnt,itu adalah pemberiaan Allah .Jgn down terus,sebaliknya fikir mcm mana nk hadapi ujian Allah ni dan seterusnya."

See nasihat dia , buat aku terus bangkit . Semoga Allah merahmatimu :')

Hikss feeling pulakkk . Dah , jam da pukul 1.26am . Masa utk sleeping beauty hahaha . Semalam tak tidur weyh , lpas exam td tidur 2 jam je . 
Dah , bye zzZZ