Untuk Aku Dan Semua.

Ehem.

Tengah kapika stalk stegram retis ni , kapika ternampak laa one comment ni. Komen yang berbunyi ehem "korang yg nak tegur orang ni korg ingat korg takde dosa ke? Dosa sendiri dah berbakul bakul nak tegur org. Nak tegur ada caranya bukan mengaibkan org" haaaa lebih kurang la camtu. Kapika stalk retis tu sbb suka tgk cantik yelah even seksi tak tutup aurat dan sebagainya. Dan komen tu ada pada gambar yg for me mmg tak patut lahh mmg seksi mmg terang terang lahhhh tak boleh kan. Kapika tgk la profil org yg komen tu. Ouh patut laa dy panas , rupanya dy pun lebih kurang je hmm. Apa point kat sini? Adakah pointnye kapika ni busybody? Atau kapika ni pandang serong pada mereka yg tidak tutup aurat? Sudah semestinya tidakk brader sister sekalian. Point yg kapika nak kupas ialah komen org tersebut.

Pandai pulak kita cakap soal dosa pahala. Tapi apa usaha kita? Kalau dah tahu dosa sendiri dah berbakul whts next ? Duduk diam tggu ajal smpai ke? Tell me manusia mana yang tak berdosa . And tell me antara org yg tunjuk aurat sendiri dan orang yang menegur org yg tak tutup aurat tu which one yg mengaibkan? Tell me . Yup brader sister mmg laa nak menegur ada caranya. Tapi tak semestinya tegur secara open contohnya pada komen gambar itu mengaibkan. Mungkin selepas drpd komen tu tuan punya gambar rasa tak selesa then dia akan padam. Kan? Kalau dia sendiri yang upload aurat dia , rasanya dia yg bukak aib dia sendiri kan? Pandangan kapika jelah enn kapika pun tak highlight sesape kat sini. Lagi satu kapika tak faham dgn mereka yg marah pada org yg menegur dgn menyindir kembali dgn ayat-ayat yg tak masuk akal mcm "ustazah ekspress" "kau tu perfect ke nk tegur org" "macam baik sgt". Hello kak bang sekalian . Tell me hadis mana , Al-quran ayat berapa yg cakap hanya org yg xde dosa org yg baik je boleh tegur boleh bg nasihat ? Setiap individu muslim adalah du'at kepada semua umat manusia. Setiap org wajib menjalankan tugas dalam berdakwah atau secara mudahnya nasihat menasihati. Tak kira siapa kau tua ke muda kaya ke miskin pakai tudung ke tak kau berhak menegur jika berlaku kemungkaran depan mata. Dan yg ditegur tu pun perlu terima teguran tu tak kira datangnya dari siapa. Cuma elakkan teguran supaya jangan sampai mengeji :) Okay? Faham ? Kalau faham Alhamdulillah la ye. Haa lagi satu sebelum kapika adios amigos berambus kapika ada satu pesanan penaja, pesanannya ialah "Kapika bukan ustajah" kangg kalo ada yg sebut camtu engko jage. Kapika rock beb rock Ooo . Tak kisah la kau nak rock ke berhibur ke apa tapi jangan sampai lupa agama semua traffic light kau langgar ahh susah ahh camtuu brader sister. "Berhibur tak semestinya lupa agama". Apa yg kapika tulis ni mostly pandangan kapika sendiri yg kapika nak kongsi. Harap takde yg bercanggah la dalam ajaran quran dan As-sunnah. Kalo ade tegur tegur la ye. Kapika tulis kat blog ni bukan apa. Kapika ni selemah lemah iman, tak mmpu nak mention nama org tu lpastu berdas das komen membangkang kat acc org. Takk takk tu bukan kapika. Sbb kapika fikir dulu apakah kesanya kalau kapika komen selepas itu. Moga Allah ampunkan kapika kalau segala keputusan yg kapika buat adalah salah. Hmm dah ah sedih pulak tetiba. Haha sedih pulak ennn. Entah pape kapika ni. Cakap pandai pom pam pom pam tapi heklehhhh hati haluss.

Dah kbye.

No comments:

Post a Comment