Dua Rasa

Pagi Jumaat.
Hening,
Entah kenapa aku memalaskan diri yang sedia malas ni,
Sehingga terbit satu rasa,
Sedih,
Campur rindu barangkali,
Dah jadi dua rasa.

Rasa ini buat aku berfikir,
Apakah selayaknya aku merasai rasa ini.

Sedih apa puncanya?
Rindu pada siapa?

Sedih,
Lihat diri yang tak seberapa,
Tapi mengharap dia yang sempurna.

Rindu,
Tak tahu pada siapa,
Tapi yang pasti pada dia.

Pernah rasa?

Yang sebenarnya,
Ini semua simptom-simptom penuaan.

Sedih,
Lihat diri tak seberapa,
Tapi mendambakan Syurga.

Rindu,
Tak tahu pada siapa,
Tapi yang pasti pada Dia(Allah Yang Satu)

p/s: Double meaning 


No comments:

Post a Comment