#BloggerTalk: Ciri-ciri Pasangan Idaman


Ewah ciri-ciri pasangan idaman.

Semalam mata tak boleh nak lelap aku pun gatai tangan scroll group page yang ada kat fb. Tetiba jugak tangan gatai pegi click Group Sahabat Blogger yang dah berkurun lama aku tak ziarah. Bukan saje tak ziarah, sbb aku dah lama tak active berbloging ni sejak short term memory *aku lupa password blog*. So here the new one. Dannn tenenenenenen ! Aku terbaca satu post ni untuk #bloggertalk bertajuk Ciri-ciri pasangan idaman uolls. Cam menarik jadi aku pun tertarik lah. Cemana ke pun aku punya ciri-ciri pasangan idaman kalbu tu ? We olls ni manusia biasa tipu la kalo takde sifat memilih ni haaa ennn.

First Thing First!

Opkos la #Beragama.

Tapi beragama yang macam mana? Semua orang beragama, CUMA ada yang beragama tapi tak beramal dengan agamanya. Ada yang beragama tapi hanya pada Ic. The first thing first mesti agama kita dahulukan kalau nak hidup bahagia. Kalau badan sado angkat 100kg dumbel sekalipun tapi berat nak angkat takbir , lupakan jelah niat nak berumah tangga nak oii. Kalau solat 5 waktu dia tak mampu nak jaga, macam mana dia nak jaga anak dara orang yang ada kaki tangan ni? Haa cer kabo guane. Kalau dah dapat yang beragama itu advantage buat kita, tapi kalau dah jodoh dengan orang yang kurang didikan agamanya janganlah pulak kita kecewa. Tak semestinya kita perlu cari orang untuk membimbing kita, mungkin orang perlukan kita untuk membimbing dia. Yedokk?

Okay next!

Next mestilah #Kachak ehh
Bab rupa ni aku taknak komen lebih. Bila hati dah sayang nanti aku kompen ahhh , orang cakap muka laki engko macam tayar bas pun engko tengok dia macam Shah Rukh Khan ennnn. HAHAH. Tapi kalau dahh dapat yang betul kachak sana kachak sini tu engko advance ah siket. Siket jelah lulz.
Orang cakap rupa ni tak menjamin kebahagiaan kan? Siapa cakap tak? Ok , engko bayangkannn . Engko punya stress kena bebel dengan bos engko kat pejabat lepastu balik rumah tengok muka suami engko macam Aaron Aziz , tak ke sejukk siket hati engko enn HAHAH . k gurau je.

Lepastu #Taktinggisangat
Haruslah tak tinggi sangat sebab aku ni rendang-rendang je hikhok.

Seterusnya #Memahami .
Aku sangat susah difahami. Dah la susah , kalo orang tak faham mula ahh nak emo HAHA


Dan #Pandaiberguro ataupun bahasa kasarnya #Takmembosankan HAHA.
Bukan apa , aku ni banyak cakap. Suka kacau orang. Nanti bila aku kacau laki aku dia buat muka tak layan, mau penyek hidung dia aku buat sambal belacan.


Yang ni penting. #TakMerokok .
Sorry la abam-abam semua. Saya tak tahan asap rokok. NO SMOKING !


Last but not least #kakijalan
Sebab banyak tempat aku mengidam ni. Mohon dia boleh layan kerenah aku nanti.


Itu jelah ye. Kalau nak diikutkan, banyak je lagi ciri-ciri yang nak aku senaraikan. Tapi , walau macam mana pun kita impikan. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Jangan mencari yang lebih baik sehingga tak nampak yang baik di depan mata. Jodoh itu rahsia Allah . Dia sudah persiapkan seorang sakti buat kita yang akan melengkapi setiap kekurangan kita, dan kita bakal menyempurnakan kekurangan dia.




Dan kenapa aku tak senaraikan ciri-ciri lelaki itu kaya? Sebab aku yakin, rezeki setiap hambaNya , Allah telah agihkan sama rata. Kita cuma tinggal cari.
Nak bahagia bersama ke Syurga tidak perlukan harta dan intan permata,
Cukuplah amalan dan takwa dibawa mati bersama :)

Adiossss amigosss uolls !

Sempurna Ke Part I

Dipukul rasa tak sempurna,
Pernah rasa?
“hei, kau gila. Mana ada manusia yang sempurna."
Ayat cliche bila kita dok cakap soal sempurna.
“hei, kau boleh tolong tak?”
“Tolong apa?”
“Tolong luaskan otak kau yang sempit tu, luaskan sikit pun jadilah”
Sempurna kau hanya pada satu definisi,
Sedangkan sempurna tu boleh jadi cara kau makan antara kau dengan dia mana lagi sempurna.
Ya, Allah yang Maha Sempurna,
Aku tak pernah nafikan,
Ada ke yang berani nafi?
Tapi Allah juga ciptakan kita ni manusia yang cintakan kesempurnaan. 
Kalau boleh, kau nak laki kau lah paling handsome. Kan?
Kalau boleh, kau nak kau lah yang paling menawan. Kan?
Pernah tak terfikir atau rasa,
Kalau boleh, kau nak kau lah yang paling soleh/solehah. Pernah ?
Aku betulkan sikit ayat tu. *Kalau boleh, kau nak kau lah yang paling soleh/solehah buat mak ayah dan laki/bini kau*
Tahniah buat yang pernah rasa mahupun terfikir.

Maka disebabkan itu, pernah tak kau rasa dipukul rasa tak sempurna?
Aku tinggalkan persoalan kat situ.

Hah, fikir.
Fikir apa aku rasa.

Cerita Kontot: Ebab

“Dah dewasa ye engko bab. Dulu berhingus je makcik nengok, sekarang auumakk! kalo le makcik ade anak teruna, udah aku kawenkan dengan engko bab.”

..Sembang makcik senah dengan mata yang bersinar penuh pengharapan aku tengok. Tak cukup sampai situ, disambungnye lagi. Memang yang ni la soalan yang aku tunggu-tunggukan dari tadi.

“…bila engko nak kawen bab? Dah ade ke calonnye? Orang mane?”

Sekali lagi soalan cliché bila engko balik kampung.

Nak cerita dari mana ni? aku cakap dalam hati sambil renung dalam sedalamnya ke dalam retina mata makcik senah tu. At last, aku mampu tersenyum kerang busuk je kat situ.

Ebab ni orangnya suka sangat buat orang disekeliling dia ketawa gelak terbahak walaupun masa tu jiwa dia derita bagai nak gila. Ebab ni terlampau fikirkan orang sampai kadang tu tak balance dengan diri dia. Ebab ni suka sangat tolong kawan dia walaupun dia sendiri tengah susah. Ebab ni tak reti nak meminta kat org duit dia walaupun dia sendiri tengah sengket. Ebab ni cepat sangat mengalah kalau pesaing dia tu memang dah zahirnya hebat dari dia walaupun tak sampai lagi ke garisan penamat. Ebab ni memang baik lah dari segi attitude dia yg ni memang aku puji, tapi phewww akhlak dy aku bagi thumbs up TERBALIK.

Sampai satu masa ebab ni baru sedar dia tak bahagia dengan cara dia. Dah berbuih kawan rapat dia pesan kat dia supaya jangan fikirkan sangat orang lain sampai diri sendiri tak terbela.

Ebab ni umur pun dah 20an, ebab dah mula rasa dia perlu serius dalam kehidupan yang sementara ni so ebab pelan-pelan berhijrah. Berhijrah bukan pegi travel memana pun, hijrah kembali kepada fitrah. Alhamdulillah , ebab mula berjinak dengan tudung labuh pakaian yang longgar sejak menjangkau umur 19 tahun sebab tertarik dengan kawan dia yg pakai tudung labuh. Tahniah ebab !

Ebab ni sejak pakai tudung labuh makin banyak ujian yang dtg bertimpa-timpa. Tapi ebab yakin, tu semua ujian yang perlu ebab lulus. Ebab tahu dia ada sejarah hitam yang akan menghantui dia sampai hembusan nafas ebab yang terakhir iaitu DOSA. Ebab dah lali dahh dengan ayat kawan2 ebab yang cakap “semua orang buat dosa”. Tapi ebab cakap dalam hati,”dosa aku tak sama dengan dosa korg”. Ebab cakap , kalau lah dosa tu ada bau, mesti takde orang nak dekat dengan ebab. Tapi, ebab ni tetap dengan pendirian dia. Biar dosa dia yang tahu hanya Allah dan dia. Pendirian ebab yang naik kan semangat ebab, ebab pernah terbaca yang Allah dah cakap, akan diampunkan dosa hambaNya yang berbuat jahat dimalam hari lalu memohon ampun disiang hari dan menyembunyikan dosanya. Rasul juga bersabda,

Sabda Rasulullah SAW”Wahai para manusia, minta ampunlah pada Tuhan kalian dan bertaubatlah, maka aku meminta ampun dan bertaubat pada Allah seratus kali setiap hari.”-HR Bukhari dan Muslim.
Dan ebab pun terus melangkah dalam penghijrahan.

Umur ebab semakin hari semakin bertambah, ebab sekarang pun dah 21 tahun. Ebab mula fikir soal masa hadapan dengan lebih serius. Kawan2 ebab ramai yang dah kawen dah ada anak. Orang cakap sekarang kan trend kawen muda. Bagi ebab tak, kawen muda kawen awal bukan satu trend. Bila dah sampai masa dah sampai jodoh kawen lah. Dan bagi ebab islam kini semakin menuju ke puncak walaupun disekeliling masih ada kemungkaran yang berlaku. Orang islam sekarang dah tahu keperluan berkahwin walaupun ada setengah orang yang menyalahgunakan. Dikelilingi ramai sahabat yang dah berumahtangga, ebab pun teringin nak membina bahtera. Eh bahtera? Bukan orang kawen bina masjid ke ebab? Ebab cakap, kembali pada definisi cinta yang ebab pegang melalui buku Sebelum Aku Bernikah oleh Hilal Asyraf. Yang mana tak baca buku ni boleh lah pegi cari kat kedai cepat sebab sekarang ni dah ada Sebelum Aku Bernikah 2.0 !!! terpromote pulak.

Definisi cinta; apa-apa yang membawa ke syurga itu cinta, dan apa-apa yang membawa ke neraka itu bukan cinta.

So, ebab cakap perkahwinan adalah bahtera yang akan membawa ebab dan pasangannya ke syurga insya Allah jika punya rezeki bersama zuriat mereka. Ebab memang pandang serius soal ni. Ebab nak lahirkan pejuang agama, ebab nak bina baitul muslim yang teguh biar dirempuh oleh musuh islam disetiap penjuru. Tingginya cita-cita ebab.

Dalam pada keadaan ebab yang sedang persiapkan diri, ebab dipertemukan semula dengan kawan lama ebab. Lelaki . Ebab takde masalah untuk berkawan dengan lelaki biarpun orang cakap ebab tak jaga ikhtilat. Ebab tahu apa itu ikhtilat. Ebab tahu mana yang salah mana yang betul. Ebab percaya Allah yang akan menilai semua perbuatan ebab, bukan manusia lain. Ebab dengan dia tak lebih dari seorang kawan lama. Ebab Nampak, kawan ebab tu memang seorang lelaki yang hebat. Walaupun dulu kawan sekejap je masih hingus2. Timbul rasa kat hati ebab untuk bersuamikan seorang yang hebat macam kawan ebab tu. Ebab bukanlah seorang wanita yang berani serta nekad yang boleh melamar seorang lelaki soleh. Maka, ebab memilih untuk bersahaja. Ebab yakin jodoh ebab ada di tangan Allah. Namun, jauh di sudut hati ebab sebagai seorang manusia wanita biasa, ebab tetap mengharapkan dia.

Tiba-tiba, dalam era teknologi ini ebab dapat tahu yang ada muslimah lain yang suka pada kawan ebab tu. Pada mulanya ebab rasa marah dan cemburu, tapi ebab cepat2 sedarkan diri bahawa ebab tidak punya hak utk rasa cemburu dan marah. Ebab pun mula mengenali muslimah itu secara sembunyi dan ternyata “muslimah itu lebih layak dari aku”. Lagipun ebab tahu, kalau ebab lamar lelaki tu sekalipun , mesti kena reject lah.

Ebab mula mengalah secara perlahan. Tapi, ebab takkan mengalah dalam mempersiapkan diri ebab. Hati itu milik Allah, jodoh itu rahsia Allah. Kalau di timbang tara, ebab jauh tertinggal di belakang. Nak berkahwin, bukan antara aku dan dia. Tetapi seluruh yang ada pada dia termasuk keluarganya. Ebab pancarkan lantunan cahaya cermin keseluruh inci tubuhnya, lantunan cahaya yang akan mencerminkan siapa ebab sebelumnya, dimana ebab berada, dengan siapa ebab patut bersama. Ebab sandarkan dia pada yang Maha Esa, kalau dah jodoh, tak kemana.

Perangai ebab, selalu mengalah.(baris ke-12)

Ini jawapan untuk makcik senah, ikhlas dari ebab.

Ebab tinggalkan pesanan p/s: Nak berubah jadi baik bukan sebab nak kawen je, biar niat kerana Allah. Tapi kalau nak suami/isteri baik, syaratnya kena lah berubah jadi baik jugak! Woahaaa !