"Kau lain, kau suci. Kau lahir dalam didikan agama."
Andainya. Seandainya, kita boleh memilih keadaan mana kita ingin dilahirkan, siapa yang melahirkan kita dan dalam keadaan apa kita dibesarkan. Dunia ini milik kita berserta isinya. Tapi tidak. Dunia ini bukan milik kita serta isinya bukan hak kita. Malah kehidupan ini juga bukan kita yang empunya. Siapa kita untuk mempersoalkan. Lahirnya kita di muka bumi ini pun atas ihsan dan rahmat Tuhan.
Dia tidak jahat bukan beerti dia malaikat.
Dia bergelumang dengan kejahatan bukan beerti dia tak layak mendapat keampunan. Kita bukan Tuhan.
Siapa pun kita hari ini, tidak akan pernah menjamin siapa kita esok hari. Kita semua perlukan ruang dan peluang. Berilah ruang dan peluang pada mereka sebagaimana kita mengharapkan ruang dan peluang daripada Allah Yang Esa.
"Aku lain, aku penuh dengan dosa. Aku lahir untuk mengenal dosa supaya nanti aku takut untuk mengulanginya."
#runbacktoAllah
#akhwattudungbulat
Warkah Buatmu, Ikhwanku.
Warkah buatmu Ikhwanku, Ya Rasulullah.
Mengapa begitu dalam cintamu
Mengapa begitu kuat rindumu
Sedangkan kita belum pernah bertemu
Itu pun aku tidak tahu
Apakah nanti kita akhirnya bersatu
Ya ikhwanku
Engkau menangis sendu di malam hari
Bahkan penuh tapak tanganmu dgn airmata saat memangku lenamu
Airmata rindu pada insan yang terlalu masih jauh denganmu
Airmata risaukan keberadaan insan yang entahkan tidak cinta dan sayang padamu
Ya Ikhwanku,
Sungguh besar pengorbanan yang engkau lakukan
Hanya demi kelangsungan hidup insan yang kini tidak hiraukan segala harapan dan pengorbananmu
Ya ikhwanku,
Cinta dan kasihmu cukup dalam
Tapi hari ini lihat lah
Lihatlah orang-orang yang kau sayang
Lihatlah orang-orang yang kau doakan siang dan malam
Lihatlah aku yang mencintaimu tapi masih gagal menurut jejak langkahmu
Ya ikhwanku,
Hari ini ramai dari kami kata cinta padamu tetapi tidak mengetahui sirahmu
Malah menghafal kemas salah silah artis pujaan dan segala benda keduniaan
Walaupun..
Semua itu...
Sia-sia..
Dan...
Tidak akan memberikan apa-apa makna di hari kelak melainkan menjadi asbab untuk tidak bersama denganmu di Syurga.
Ya ikhwanku,
Ramai diantara kami yang mengaku rindu padamu
Namun, jarang sekali bahkan mungkin ada yang tidak pernah memujimu
Sedangkan di saat hujung hayatmu dan sakaratulmaut sedang menjemput
Kami juga yang di sebut-sebut
Ya ikhwanku,
Maafkan aku, maafkan kami umatmu
Sunnah dan ajaranmu kami abaikan
Selawat serta salam padamu kami remehkan
Sedangkan nanti syafaatmu yang kami harapkan
Untuk meneruskan kehidupan akhirat yang berkekalan
Ya ikhwanku,
Ya Rasulullah kekasih Allah
Mengenalimu dengan lebih dekat adalah satu rahmat
Meskipun hari ini terlalu jauh kita berpisah jasad
Namun ku harapkan pertemuan kita di akhirat
Jika bukan keranamu
Sungguh kami tidak akan pernah kenal siapa Rabb kami.
Syafaatkan daku
Syafaatkan umatmu.
Rasulullah saw bersabda:
"Seseorang(di akhirat) akan bersama dengan orang yang dicintainya. Dan engkau akan bersama dengan apa yang engkau cintai"
HR. Bukhari dan Muslim.
Selawat serta salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW!
-Fykaazmi, pendosa yang nak masuk syurga berjemaah-
Thabat 2.
Langkah
bermula. Projek Memikat Dia.
Tudung labuh.
Sarung lengan. Stoking. Baju longgar. Langkah pertama. Drastik orang kata.
Tiba-tiba dari tudung tergantung paras leher terus jadi tudung ostajah ! Aku
kata pada diri, benda baik tak boleh tangguh. Setuju? Bertangguh, kemungkinan
untuk tidak buat tu tinggi, sangat tinggi. Luarannya, aku sudah sama dengan
mereka yang mencintai dia juga. Ikhlas? Buat dalam keadaan cemburu ni ikhlas
ke? Tidak. Jawapannya ialah tidak ikhlas. Tapi, cinta aku ikhlas. Aku dapat
menyarungkan tudung labuh, sarung lengan, stoking, dan baju longgar dengan
penuh rasa cinta pada dia. Ingin dia pandang aku dengan penuh rasa cinta juga !
Cinta menguasai segalanya, cinta melebihi daripada perkataan ikhlas. Seperti
mana aku ikhlas mencintai manusia durjana, sehingga aku sanggup lakukan apa
sahaja malah menyerahkan apa sahaja atas dasar cinta yang akhirnya sia-sia.
Mengapa tidak aku buat perkara yang sama pada dia yang dari dahulu, kini dan
selamanya mencintai aku?
Hidup
diteruskan. Berbekalkan udara yang dihadiahkan oleh dia atas nama cinta.
***
Semakin aku
memikat dia, semakin aku menghias diri untuknya, semakin aku rasa cinta dia.
Cinta berbalas. Mudahnya. Tak perlu untuk aku tunggu berbelas tahun seperti
mana dia menunggu balasan cinta dari aku ! Tidak terkira dan tidak tergambar
cara dia membalas cinta aku. Bahagianya. Tapi, aku manusia. Hati sentiasa
berbolak balik umpama buih dilautan.
Adat dalam
bercinta, tak sentiasanya bahagia. Cinta itu ketawa dan air mata. Ada masa,
kerana cinta dia buat aku menangis, kerana cinta dia tegur setiap kesalahan aku
dengan ujian dan kerana cinta dia biarkan aku bahagia sehingga aku lupa pada
dia.
Aku masih di
dalam fasa langkah yang pertama. Kerana aku terlalu asyik dan merasa cukup
dengan balasan cinta dia terhadap usaha aku yang pertama, aku tidak lagi
mengatur strategi kedua. Aku tidak lagi mengorak langkah. Kerana merasa cukup.
Kerana merasa sudah berjaya mendapatkan cinta dia selamanya. Rupanya, dia
kecewa. Dia rindu aku yang sentiasa berusaha memikat dia. Situasi aku saat itu,
boleh disamakan dengan kerajaan abbasiyyah yang hebat menguasi dunia tetapi
akhirnya jatuh hanya kerana serangan daripada Monggol yang tak tahu apa-apa dan
tidak inginkan apa-apa sekadar suka-suka sahaja. Ini kerana pada ketika itu,
kerajaan itu berasa selesa dengan kedudukan mereka menguasai dunia. Sehingga
mereka lupa untuk terus-terusan mengekalkan usaha. Jatuh, tersasar, entah
kemana aku pada ketika itu. Masih lagi menyarung tudung ostajah tetapi hambar
cinta semakin tawar. Aku atau dia yang berhenti mencintai? Tanpa ragu-ragu,
jawapannya ialah aku. Mana mungkin dia. Sedangkan dahulu aku langsung tak
membalas cinta dia hampir 20 tahun, tapi masih lagi dia sendiri yang datang
menyambut saat aku dibuang manusia durjana. Tak mungkin dia. Tapi aku.
Sesuatu yang
boleh dipuji tentang aku ialah, aku bukanlah kpopers, bukan juga belieber,
bukan juga directioner atau apa sahaja yang menjadi kegilaan remaja pada ketika
itu. Bila ada kawan-kawan yang menyiulkan lagu-lagu dibibir mereka, ada yang aku
tak tahu pun tajuk dan siapa penyanyinya. Tapi, aku peminat movie tegar.
Apa-apa jenis movie kebanyakkannya English dan melayu. Oh ya, hindi. Namun,
tetap juga aku bukan peminat tegar pada pelakonnya, sekadar cerita kerana aku
masih juga tidak hafal dan tidak kenal nama barisan pelakon cerita English
khususnya. Banyak kali juga aku cuba turut serta untuk bersama kawan aku tengok
runningman dihujung minggu semasa di kolej dahulu. Tapi aku bagaikan orang yang
takde perasaan, sedangkan kawan aku dah gelak terguling-guling pun. Tidak
berjaya jugak percubaan aku untuk menjadi salah seorang kpopers. Itu jelah yang
boleh dipuji tentang aku selebihnya takde. Takde.
Hendak
dijadikan cerita, selepas setahun lebih aku bersembunyi dibawah tudung ostajah
dengan berbekalkan rasa cinta yang “cukup” itu, aku akhirnya mula dirasuk jin
kpoper.Oh ya, masa tu juga aku sudah bergelar seorang mahasiswa di sebuah
universiti tempatan. Aku juga salah seorang daripada anak usrah mungkin dipilih
oleh kakak usrah kerana tudung ostajah aku dan aku sendiri pun ada juga berniat
ingin menyertai usrah sebab aku ingat pada pesanan murabbi majlis ta’lim yang
aku ikut semasa dikolej,
“carilah Jemaah walau kat mana pun kita pergi”.
Macam
chipsmore, kejap ada kejap takde. Kejap pergi, kejap malas. Macam itu lah aku
ketika itu dalam menghadiri taman syurga sehinggalah usrah di university. Tapi
entah kenapa, pada aku ada satu rasa yang tak nak terlepas dari kepompong usrah/majlis
ilmu ni. Mungkin, sebab aku sudah bercinta dengan dia dengan begitu dalam sebelum
ini pada langkah pertama dan yang paling jelas itu adalah bukti bahawa dia TAK pernah TAK cintakan aku !
Sebelum aku
kerasukkan jin kpoper, aku perlahan-lahan mula curang sekali lagi. Tanpa sedar
atau tidak. Didalam tudung ostajah, aku berselingkuh dengan pelbagai kejahilan
dan kemaksiatan. Tak dapat digambarkan begitu mudahnya aku berpaling dari dia
walaupun sekadar 180o . Selepas itu aku mula berjinak dengan
runningman dan drama-drama cinta korea. Setiap minggu aku takkan miss untuk
download runningman. Usrah aku sepi. Naqibah aku pass aku pada naqibah yang
lain sebab dia ada masalah yang tak dapat di elakkan tapi aku beralasan aku
susah nak “ngam” dengan orang baru. Berbulan juga aku tinggalkan dunia
tarbiyah. Aku berjalan tanpa tongkat. Orang buta yang berjalan tanpa tongkat. Meraba.
Hidup
diteruskan berbekalkan hadiah udara daripada dia yang aku terima dalam
kecurangan.
***
Thabat 1
Cinta. Satu
kata, one word yang aku rasa semua orang suka kalau dengar. Tapi, percayalah.
Tak ramai yang tahu maksud cinta. Dan ramai juga yang membuta tuli mengagungkan
cinta.
Aku pun sama.
Dulu maksud cinta aku limit, cukup limit. Bagi aku cinta ada di antara seorang
lelaki dan seorang perempuan. Naif ! Jahil ! Malu ! sebab itu je definisi cinta
yang aku tahu. Sehingga akhirnya aku ditakdirkan jatuh cinta tanpa sedar.
Rupanya, ada yang mencintai aku dalam diam dan tanpa aku sedar. Menunggu aku
dalam masa yang sangat lama. Yang melihat setiap tingkah laku aku tanpa jemu.
Dan menyaksikan semua kecurangan aku pada dia tanpa menoleh berpaling
meninggalkan aku. Ya, kecurangan yang aku lakukan walaupun hanya dia yang
mencintai aku dalam diam. Menangis ! aku menangis saat aku tahu bertapa dia
sangat mencintai aku tatkala dia sendiri yang memanggil aku, dia sendiri yang
datang menghapus air mata aku saat aku ditinggalkan orang yang aku cintai !
Malu sekali lagi ! Aku hanya sisa bekas kerakusan cinta manusia lain, terlampau
banyak kali aku tidak memperdulilkan dia. Masih juga dia luahkan kata cinta dia
dengan pelbagai cara. Sehingga aku tak mampu lagi untuk menafikan besarnya
cinta dia pada aku. Sehingga akhirnya aku akur akan cinta dia.
19 tahun
lamanya dia menantikan balasan cinta daripada aku. Sentuhan demi sentuhan
cintanya aku tepis selama ini, aku nafikan. Akhirnya, sentuhan seterusnya tak
mampu lagi aku tepis malah aku sambut dengan hati yang terbuka. Cemburu ! Ya,
cintaku padanya bermula dengan rasa cemburu. Cemburu pada mereka yang telah
lama menyambut cintanya, cemburu pada mereka yang sentiasa mengucapkan rasa
cinta padanya, cemburu pada mereka yang tidak pernah berhenti mencintainya,
cemburu pada mereka yang menjaga diri hanya untuknya dan kerananya. Cemburu,
tanda aku mula cinta pada dia. Lalu, sebagai seorang yang terlampau kuat
cemburu. Aku ingin bersaing ! Aku mahu jadi yang paling dicintainya. Aku mesti
tunjukkan yang aku betul-betul cinta pada dia. Sama macam mereka yang lain,
yang tidak berhenti mengekpresikan cinta mereka pada dia. Mesti !
Langkah
bermula. Projek Memikat Dia.
Cinta, Rindu dan Harapan. Semuanya Milik Tuhan.
Hadirnya tanpa ku sedari,
Menggamit kasih cinta bersemi.
Hadir cinta insan padaku ini,
Anugerah kurniaan Ilahi.
Lembut tutur bicaranya,
Menarik hatiku untuk mendekatinya.
Kesopanannya memikat di hati,
Mendamaikan jiwaku yang resah ini.
Ya Allah,
Jika dia benar untukku
Dekatkan hatinya dengan hatiku.
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu.
Dialah permata yang dicari,
Selama ini baru ku temui,
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi,
Apakah dia kan ku miliki.
Tidak sekali dinodai nafsu,
Akan ku batasi dengan syariat-Mu.
Jika dirinya bukan untukku,
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu.
Ya Allah,
Engkau lah tempat ku bergantung harapanku,
Ku harap diriku sentiasa dibawah rahmat-Mu.
***
Kalau orang selalu guna "biar gambar yang berbicara", tapi kali ini aku "biar lagu yang berbicara".
Salah satu dari koleksi lagu nasyid yang selalu jadi mangsa dalam apa jua mood hati ni hehe. Umpama sebuah doa yang indahhh :D . Hm, lately terlalu overthinking. Sampai satu tahap tersedar yang "aku jauh lupakan siapa tempat untuk aku bergantung harap, kenapa mesti aku tunduk pada fikiran yang dikawal nafsu sedangkan aku ada hati yang punya iman walau sebesar kuman?"
Tembakan demi tembakan dan panahan demi panahan.
Moga-moga tembakan rindu berkalung doa menembusi hatinya.
Moga-moga panahan cinta bermatakan cinta Allah yang abadi tepat mengenai sasaran.
Uhibbuka fillah, SA.
sistudungbulat.blogspot.com
Mesej berantai emas.
Fuhhh lamanya tak acah-acah writer ni. Nak cakap apenii nak tulis apenii? Aaaa I see ada nak cerita lah sikit ni, 2 3 4 hari lepas ada dapat whatsapp yang orang foward foward tuu yang berbunyi...
" Saya cabar anda hantar ' la ilaha illa Allah, Muhammadu Rasulullah' kepada 3 group sahaja, tengok samada anda mempunyai masa untuk Allah atau tidak".
Allahurabbi entah kenapa sis terkedu baqhangg dpt whtsapp tu. Sis sampai tak jadi cabut telekung, termenung sis depan handphone. "nak hantar ke taknak nak hantar ke taknak nak hantar kee takknakkkkkkkkk" camtu sekali sis tak tahu nak buat keputusan.
Macam mana dan apa sebenarnya definisi " masa untuk Allah" tu sendiri? Antunna antum enti ya hanana ya habibi sekalian semuuuaa tahu ke mcm mana "masa untuk Allah" tu?
Okay, kita go straight to the point jelah. Adakah dengan kita meng-foward mesej tu kepada 3 group dah cukup kita luangkan masa kita UNTUK ALLAH? atau, kita hanya luangkan masa untuk WHATSAPP? Foward mengfoward ni ada dalam list amalam-amalan sunnat ke? Tapi sebelum tu sis nak bg tahu yang sis tak cakap pun "mesej" tu salah atau apa. Apa yang sis nak tegaskan kat sini ialah bagaimana sebenarnya "masa untuk Allah" sendiri.
Btw, sis sendiri ialah salah seorang daripada pengguna tegar laman sosial uhukkk. Tapi, jom la sama-sama kita berusaha kikis jahiliah yang masih bersarang dalam diri. Kalau tak mampu tinggalkan( macam sis contohnya) at least make a move and do something more than that to spend your time with Allah. Dia yang bagi kita masa kat atas dunia ni dan sesungguhnya masa kita ini milik Dia.
Masa tu kan,
sis tanya diri sis sendiri. Berapa kali aku luangkan "masa untuk
Allah" dengan berqiamulail? Berapa kali Al-Quran aku sentuh tanda aku
meluangkan “masa untuk berinteraksi dengan Allah” ? Bagaimana masa-masa yang
aku ada aku priority kan “masa untuk Allah”. Berapa banyak amalan-amalan sunnat
yang Allah dah tentukan sebaik-baik amalan yang kita dah buat untuk dekatkan
diri dan berikan “masa untuk Allah”. Belum lagi sentuh yang wajib (sis tak
sentuh yang ni sebab sis tahu insya Allah semua dari kita adalah hambaNya yang
taat pada perintahNya). Kenapa jalan dan cara Allah bagi untuk luangkan masa
untuk dia kita tak ikut tapi jalan dan cara yang “manusia” bagi lajuuu je kita
ikut kita foward.
Sekali lagi sis cakap, nak foward mesej tu tak salah sebab itu pun satu perkara yang baik dan setiap perkara baik yang kita buat walaupun sebesar kuman pasti Allah recordkan dalam buku amalan kita. Cuma biarlah kita adil bahkan sepatutnya kita perlu lebihkan apa yang dah Allah tunjukkan suruh kita buat dan ikut untuk mengingati dia. Yang lebih merisaukan nanti ialah takut-takut mesej berantai yang berbaur "islamik" ni akan dianggap GREEN LIGHT untuk kita tidak buat apa yang dah Allah dan Rasulullah anjurkan dengan alasan "okaylah foward lah mesej ni tanda aku ada masa dengan Allah" kemudian selepas foward dengan keadaan handphone ditangan sambil berbaring, tangan dan jari ni masih ligat scroll fb, instagram, twitter dan sebagainya seolah-olah kita merasakan cukup dengan tekan "button foward" kita sudah meluangkan masa dengan Allah. Foward tak sampai berapa saat, tapiiii melayari media sosial berjam-jam ; 23:1 jam *contoh . Takut lama-kelamaan kita rasa cukup sekadar itu,
Sedangkan Allah menantikan kita lebih dari itu. Dan,
kita juga mampu beri lebih dari itu.
Btw, sis sendiri ialah salah seorang daripada pengguna tegar laman sosial uhukkk. Tapi, jom la sama-sama kita berusaha kikis jahiliah yang masih bersarang dalam diri. Kalau tak mampu tinggalkan( macam sis contohnya) at least make a move and do something more than that to spend your time with Allah. Dia yang bagi kita masa kat atas dunia ni dan sesungguhnya masa kita ini milik Dia.
Solat dihujung waktu, laju bagaikan burung belatuk.
Al-Quran dibiarkan berdebu, tunggu untuk guna semasa menjadi "atuk".
Qiamualail setahun sekali, atau mungkin ada yang di tinggalkan sepi.
Amalan sunnat apatah lagi, masjid langsung tidak dia kunjungi.
Mengharapkan sebaris Syahadah di whatsapp menjadi saksi, saat bertemu Allah dikemudian hari.
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan?
Amat besar kebencian di sisi Allah apabila kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
Surah Al-Saff, ayat 2-3.
Subscribe to:
Posts (Atom)
