Matryoshka.
Patung hiasan bumi Russia yang ada sejarahnya. Terukir dek kerana atas nama cinta dan rindu seorang lelaki tua. Tak disangka daripada hobinya melempias rindu, cintanya tersebar ke serata dunia. Lalu rindu dendam bertukar bahagia.
Itu cerita dia lelaki tua, Sergei Mayorov.
Berbeza pula cerita kita.
Aku ketawa, ketawa bahagia yang selama ini ingin aku rasa.
Jika dulu Sergei tua itu melempias rindu dan cintanya dengan mengukir Matryoshka, mungkin aku hanya mampu merenung dan mengimbas kembali saat kita sama-sama rasa bahagia.
Walaupun seketika cuma.
Andai dulu Matryoshka tempat Si tua itu mengadu rindu dan cinta,
Sudah pastinya tempat aku mengadu bukan pada Matryoshka tapi pada Dia.
Cumanya Matryoshka menjadi satu alat untuk bantu aku merasai bahagia apabila padanya ada kenangan yg tercipta.
.....
Jika diantara 2 hati aku yang terpilih utk terluka, tak mengapa.
Kerana kamu pernah beri aku bahagia.
Matryoshka?
Oh tidak, tapi cerita disebalik Matryoshka.
Matryoshka 8/7/2015.

No comments:
Post a Comment