Untuk kamu,
Yang jauh dimata namun senantiasa dekat dijiwa.
Andai saat ini aku mulai melangkah menjauh,
Bukan kerana hati aku berubah,
Bukan juga kerana aku mengalah mahupun berputus asa.
Cuma aku kian merasa diri ini tak cukup sempurna,
Untuk menyempurnakan.
Sungguh,
Kita jauh berbeza,
Dari setiap inci yang ada,
Di setiap sudut ku lihat kita berbeda,
Apatah lagi bila mula adanya dia.
Mungkin dia,
Dan bukan aku.
Semoga sejahtera.
No comments:
Post a Comment