Haii , oktober saja dah berderet entry aku publish . Bukan apa , minat .
Kalau dalam entry pun aku dah bercerita sakan cenggini , boleh korang bayangkan kalau depan korang cemana ? Yang tak tahan aku rasa boleh petak muka dengar aku bercakap .
Jadi , AWAS . Jangan buka peluang untuk aku bercerita . Orang lain no entry lah bila mulut aku terbuka .
Minggu lepas , aku berpeluang mocking secara mengejut . Mocking debat . Senior bagi masa 15minit je utk prepare mocking tang tang tu jugak . Usul mmg bias sungguh lah . LELAKI PERLUKAN WANITA dan aku pembangkang . Gelak siked . Dengar tajuk pun dah sah sah lahh kerajaan menang . Tapi setelah dijangka oleh naluri aku yang syok sendiri , pembangkan menang ; muka riak up abis lah .
Macam mana boleh menang ni ? Mesti korang tertanya tanya kan . Hmm
Usul yang aku kelasifikasikan sbgai FITRAH ALAM ni boleh juga dibahaskan . Mula mula aku sangat tak bersetuju , tapi di akhirnya aku masih tetap tak bersetuju .
Selepas dikomentar oleh beberapa orang , baru lah aku tahu kenapa team pembangkang aku boleh menang . Rupanya kami menang disebabkan kehebatan kami @ aku berhujah (ekeke) dan keyakinan yang kami tonjolkan . Yang aku takpercaya , orang boleh gelak dgn analogi aku yang sarcastic gila utk pihak kerajaan . Itu yang pertama kalinya sbb selama bertahun tahun aku berhujah dalam berdebat , ayat aku semua serius gila dan dilabel dah pun sebagai yang digeruni . Aku terharu gila . Terima kasih buat yang ketawa .
Kerajaan buka usul dengan mendefinisikan LELAKI sbg SUAMI dan WANITA sbg ISTERI tanpa mendefinisikan frasa kontroversi pada malam itu iaitu PERLU . Nampak permainan kerajaan ? haha . Bilamana mereka memberi definisi macam tu , mereka dah pun mengecilkan skop yang ada . Ketidakadilan dunia yang kesekian kalinya . Bangun ketua pembangkang menolak definisi tersebut . Yelah , takkan dalam dunia ni lelaki tu suami je . Manada lelaki jadi isteri . Peliks .
Maka berlangsung lah perdebatan antara kami . Malam tu aku 2nd speaker . Banyak jugak unsur sarcastic yg aku bawak sbb sakit hati hahaha .
Tak boleh dinafikan lagi , lelaki dan wanita memang saling memerlukan bukan . Terutama bila wanita itu seorang isteri dan ibu :)
Lelaki sememangnya perlukan wanita . Doa seorang Ibu secara amnya :)
Suami perlukan isteri , anak perlukan si ibu . Tanpa isteri , masih tak lengkap kehidupan kita . Tanpa ibu , siapalah kita . TERIMA KASIH ALLAH . KuasaMu sungguh hebat .
Jadi , tahniah pada diri sendiri kerana terpaksa menolak fitrah kejadian pada malam tersebut .

No comments:
Post a Comment